Jumlah Pengunjung
Saturday, 22 December 2012
BEKAS ADUN PAKATAN BOCOR RAHSIA PEMBANGKANG LAGI !!! MANA MAU LARI HAA....
Satu lagi kepincangan kerajaan Pakatan pembangkang ketika 11 bulan memerintah Perak dibongkarkan dengan pendedahan wakil rakyat Bebas Keshvinder Singh (Bebas-Malim Nawar) mengenai kelulusan tanah seluas 547.2 ekar di Tanjung Tualang kepada seorang individu yang amat rapat dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.
Keshvinder berkata tanah itu yang berada dalam kawasan DUN Malim Nawar telah diberikan kepada individu terbabit secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya.
Katanya dia hanya mendapat tahu mengenai tanah tersebut setelah penduduk kampung bercakap mengenai tanah tersebut yang menurut mereka telah diluluskan kepada ‘kaum kerabat diraja’.
Menurutnya tanah tersebut dipagar dan dipacakkan dengan kayu berbalut kain kuning apabila beliau pergi menyiasat mengenai apa yang dibangkitkan orang kampung.
Setelah menyiasat beberapa lama, katanya, beliau mendapati tanah tersebut telah diberikan kerajaan Pakatan kepada seorang individu yang merupakan ‘orang bergelar’ dan seorang ahli parti PAS yang amat rapat dengan Nizar yang ketika itu adalah Menteri Besar.
“Saya amat terkejut sekali. Ini bukan lagi jahat tapi worse than jahat (lebih teruk daripada jahat),” katanya ketika membahasakan Bajet 2013 di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Keshvinder telah membangkitkan isu pemberian tanah di Tanjung Tualang itu sebagai menolak dakwaan pemimpin pembangkang yang diketuai Nizar (PAS-Pasir Panjang) yang menuduh kerajaan BN merupakan satu kerajaan korup dan mengamalkan nepotism dan kroni.
Nizar pada hari kedua persidangan telah menuduh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meluluskan tanah di Lumut kepada Kinta Berkat yang kononnya kroninya.
Menjawab satu soalan tambahan daripada Datuk Khusairi Abd Talib (BN-Slim) sama ada kerajaan Pakatan mengamalkan sistem ‘open tender’ dalam meluluskan tanah, Keshvinder menjawab:- ‘My foot’ (Nampak kaki saya).
Kata pemberian tanah di Tanjung Tualang itu merupakan satu bukti kukuh bahawa sistem ‘open tender’ yang dilaung-laungkan pembangkang adalah satu pembohongan semata-mata.
Peraknews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment