Jumlah Pengunjung

Thursday 20 December 2012

NIK AZIZ MEMPUNYAI KUASA UNTUK MENFITNAH MUFTI-MUFTI DI DALAM MALAYSIA !!!


Saya amat tertarik untuk bidasan komen Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadap para Mufti di negara ini supaya “tidak bermain politik di dalam jubah mufti” untuk kepentingan pihak tertentu.
Saya menjangkakan bahawa kenyataan itu ditujukan khas kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Presiden PAS, Abdul Hadi menarik balik amanat yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981.
Mufti Perak dan Wilayah Persekutuan itu menggesa agar Hadi menarik balik “fatwa”nya yang dipercayai masih lagi menjadi pegangan para “penganut agama PAS” di seluruh negara kerana Presiden PAS itu masih belum lagi menarik balik tuduhan itu hingga kini.
Sedap sungguh mulut Nik Aziz nak memfitnah Mufti-Mufti berkenaan. Kononnya Hj Hadi mempunyai ilmu yang setaraf dengan Mufti-Mufti tersebut sehingga layak mengkafirkan orang Islam lain, begitu?
Saya ingin bertanya kepada Mursyidul Am PAS, apa yang dia akan rasa sekiranya UMNO menuduh PAS sebagai kafir? Apa yang dia nak kata? “Celako..celako..celako”? Dia rasa nak maki hamun UMNO atau mana-mana pihak yang berkata begitu?
Sebaliknya, UMNO yang dituduh kafir oleh PAS tidak cepat melatah dan untuk berlaku adil, UMNO merujuk kepada para Mufti yang bersifat bebas politik, diiktiraf dan bercakap berdasarkan fakta dan ketinggian ilmu Islam yang mereka miliki.
Jadi, apa salahnya jika Mufti-Mufti berkenaan mengeluarkan pandangan mereka dan menggesa agar Presiden PAS untuk menarik balik tuduhan tidak bertanggungjawab terhadap saudara seagama itu?
Lagipun, kedua sahibussamahah itu awal-awal lagi sudah memberi kenyataan bahawa pandangan mereka sama sekali tidak berpaksikan kepada kepentingan politik mana-mana pihak dan saya percaya mereka bercakap berdasarkan ilmu yang mereka miliki.
Sekiranya Nik Aziz berpendapat ilmu Hj Hadi setaraf dengan ilmu yang dimiliki Mufti-Mufti berkenaan, ini bermakna mereka masing-masing layak untuk mengutarakan pandangan masing-masing.
Jadi, mengapa Nik Aziz perlu bersikap berat sebelah dengan menyokong fatwa Hj Hadi dan tidak dapat menerima pandangan dari Mufti-Mufti berkenaan.
Jika mahu dilihat dari sudut kepentingan politik, kenyataan Hadi langsung tidak boleh digunapakai kerana dia sememangnya ahli politik yang akan berfatwa mengikut selera fahaman politiknya berbanding Mufti-Mufti yang lebih mementingkan kepentingan Islam!
Nik Aziz sepatutnya mencermin diri sendiri sebelum bertindak mengecam para Mufti yang ikhlas memberi pandangan mereka mengenai senario umat Islam di negara ini.
Mursyidul Am PAS itu sepatutnya tidak mempermain-mainkan Islam di dalam jubah politiknya!
Apa yang dilakukan selama hayatnya itu sangat ketara menunjukkan bahawa dirinya hanya mempergunakan Islam sebalik jubah politik yang bersifat duniawi sehingga menyebabkan berlakunya pepecahan di kalangan umat Islam di negara ini.
Malah dalam skop yang lebih kecil, Nik Aziz kini dikatakan punca pepecahan di dalam PAS sendiri di mana golongan pro-ulama di dalam parti itu telah bertindak “mufaraqah” menjarakkan diri dari kepimpinan parti itu yang kini lebih sekular dari DAP!
Kem di dalam PAS bukan hanya terbelah dua, malah dikatakan telah hancur lebur terbahagi kepada beberapa kem yang menyokong beberapa ideologi. PAS musnah kerana fatwa-fatwa seorang ahli politik tua yang berselindung di sebalik jubah orang Arab!
Nik Aziz adalah contoh terbaik ulama di akhir zaman. Bila ditegur rakan-rakan ulama lain, dia akan menghentam ulama-ulama yang menegurnya walaupun seisi dunia tahu betapa songsangnya fatwa-fatwa yang dia keluarkan selama dia berkuasa di dalam PAS.
Kalau betul pun tidak bersetuju dengan pandangan Mufti-Mufti berkenaan, apa salahnya jika dia menganjurkan “syura” bagi berbahas mengenai khilaf pendapat sesama umat Islam? Atau Nik Aziz sedar ilmunya cetek untuk berdepan dengan para Mufti?
Sebelum menutup mata, saya berharap dia akan bertaubat dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini, terutama saudara seagama yang pernah dia zalimi. InsyaAllah…

No comments:

Post a Comment

Member BSK