Jumlah Pengunjung

Tuesday 5 February 2013

NI dia Pemimpin Pakatan Solat depan rakyat kerana Riak !!!



Hah! Terkejut jugak bila aku dengar cerita ni. Siapa pulak la pemimpin yang kantoi solat zuhur dua kali ni? Kenapa pulak dia boleh buat kesilapan macam tu?

Kisah ini diceritakan oleh salah seorang orang kuat pemimpin tu sendiri. Sebelum ni, pemimpin tu katanya pernah jadi wakil rakyat.

Kisah pasal solat zuhur dua kali ni pun masa dia masih lagi jadi wakil rakyat. Tapi sekarang ni dia dah masuk Pakatan Pembangkang dah.

Ceritanya, pemimpin tu pergi menziarah ke rumah Ketua Kampung. Kebetulan, dah masuk pulak waktu zuhur semasa pemimpin tu berada dirumah Ketua Kampung tu.

Jadi, nak tunjuk baik kat Ketua Kampung tu, pemimpin tu pun mintak la pinjam kain pelikat dan sejadah. Dia pun pergi la ke bilik air untuk ambik wudhuk.

Maka, tempat untuk dia bersolat pun dah disiapkan. Bersolat la pemimpin tu tadi dengan ketua Kampung bersama rombongannya.

Selesai solat, pemimpin tu pergi pulak ke rumah seorang Ketua Cawangan. Ketua Cawangan tu memang menunggu dia sejak dari tadi lagi.

Sampai je rumah Ketua Cawangan tu, pemimpin tersebut duduk sebentar. Ketua Cawangan tu tak tau la yang pemimpin tu dah solat zuhur atau belum.

Ketua Cawangan tu pun tengah bersiap - siap nak solat zuhur jugak. Bila tengok Ketua cawangan tu nak solat, pemimpin tu pun mintak kain pelikat, ambik wudhuk.

Dah dia solat sekali lagi dengan Ketua Cawangan tu pulak!!! Yang rombongan pemimpin tu pun tercengang - cengang tengok gelagat pemimpin tu.

Habis je pemimpin tu solat, salah seorang dari rombongan tu pun tegur, "Kenapa YB solat zuhur sampai dua kali?" Korang cuba teka apa yang pemimpin tu jawab balik?

Hah! Dia jawab, "Eh, ye ke? Kenapa pulak tak boleh? Salah ke solat zuhur sampai dua kali?" Pergh!!! Parah beb. Bab itu pun dia tak faham jugak ke?

Tak heran la kenapa pemimpin tu masuk Pakatan Pembangkang. Dan memang patut pun Pakatan ambik orang macam tu sebab buat malu kat orang je.

Korang bayang la. Sebab nak ambik hati punya pasal, sanggup pemimpin tu menipu secara terang - terangan. Tapi, kot ye pun kemaruk sangat nak menipu, jangan la dalam bab solat pun dia nak menipu jugak. Agak - agak la weih!!!


No comments:

Post a Comment

Member BSK