Jumlah Pengunjung

Tuesday 5 February 2013

Nik Aziz Sudah Jadi Bapak Ayam !!!



Tindakan Pas untuk terus berada dalam pakatan pembangkang sungguhpun disanggah oleh DAP dalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa Pas merupakan sebuah parti yang hanya berani bercakap tetapi tidak berani bertindak.
   
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, jika pemimpin Pas mempunyai maruah dan harga diri sudah lama parti itu keluar daripada pakatan pembangkang yang didominasi oleh DAP.
   
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh kelmarin yang menyanggah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah ALLAH telah selesai dan keputusan Majlis Syura Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk DAP.
   
Karpal menegaskan bahawa DAP berpegang teguh dengan pendirian pakatan pembangkang awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam dibenarkan dan mengulangi desakan supaya Majlis Syura Pas mengkaji semula pendirian mereka terhadap isu kalimah ALLAH.
   
"Pemimpin Pas cakap sahaja bergegar-gegar tetapi pengecut, takut kepada Karpal Singh melebihi segala-galanya. Jika benar Pas berpegang kepada prinsip Islam sepatutnya sudah lama mereka tinggalkan DAP, katanya dalam laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com
   
Syed Ali berkata desakan Karpal supaya Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura dalam isu kalimah ALLAH hanya untuk mengelirukan pandangan rakyat.
   
Beliau mendakwa ianya sebagai sandiwara politik yang sengaja dimainkan oleh DAP untuk membuktikan kepada bukan Melayu bahawa mereka bertegas menentang apa jua yang membabitkan kepentingan Islam.
   
"Masalahnya pemimpin Pas masih tak faham-faham lagi dengan lakonan DAP, mereka tetap menjadi kuda tunggangan DAP," tegas beliau.

Sementara itu, Presiden Persatuan Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali menyifatkan Pas semakin tersepit dalam menjawab isu kalimah Allah apabila parti itu mengambil tindakan menutup rapat isu tersebut sehingga mendatangkan implikasi negatif kepada parti itu sendiri.
    
Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata Pas seolah-olah tidak menyedari tindakan degil dan bongkak Karpal yang tidak mahu berundur walau seinci mengenai isu kalimah Allah malah Pas dilihat hanya mampu berdolak dalih menjawab isu ini.
    
"Pas akan terus menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR, sekali gus merelakan perjuangan parti selama hampir 60 tahun menegakkan Islam serta melaksanakan hudud digugurkan begitu sahaja," katanya dalam satu kenyataan.
    
Beliau berkata golongan parasit dalam Pas akan memiliki kuasa penentu untuk menetukan landasan hala tuju perjuangan Pas bukan mengikut apa yang diasaskan pemimpin terdahulu sebaliknya mengikut selera PKR dan DAP.
    
"Pimpinan Pas kini bertukar menjadi pelawak politik disebabkan keingkaran pimpinan tertinggi Pas mengekalkan perjuangan parti serta menodai hasrat dan cita-cita parti membawa Islam dalam perjuangan," katanya.
    
Hasan meminta Pas menghentikan taktik menutup kelemahan dengan menyalahkan UMNO yang sudah menjadi klise kerana tidak mampu lagi melindungi kegagalan perjuangan pimpinan tertinggi bersama DAP dan PKR.
    
"Alasan itu hanya akan melemaskan Pas sendiri dan isu ini akan terus berpanjangan tanpa menemui jalan penyelesaian," katanya.

Di MELAKA, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata pemimpin dan anggota Pas sepatutnya 'membuka mata' dan sedar bahawa agenda memperjuangkan agama Islam tidak pernah disokong DAP.
    
Beliau berkata pergolakan yang berlaku khususnya dalam isu penggunaan kalimah Allah mencerminkan tiada keserasian dan hala tuju antara kedua-dua parti itu.
    
"Pergolakan tentang isu kalimah Allah itu sangat ketara untuk kita melihat wajah sebenar siapa DAP dan kenapa mereka berada bersama dengan Pas ini hanya sekadar untuk mencari undi sahaja," katanya kepada pemberita selepas melawat Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath Melaka di Padang Temu di sini.
    
Mengenai pemecatan bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama Pas, katanya Pas dilihat mengamalkan kepimpinan kuku besi.
    
"Dalam Pas kita lihat pemimpin tidak boleh ditegur, tidak boleh ada yang menyanggah, jadi pada saya satu penyakit yang ada pada orang berilmu ini ialah apabila sudah takbur dan tidak boleh ditegur, maka di situlah kejatuhannya orang ulama ini," katanya. 




No comments:

Post a Comment

Member BSK