Jumlah Pengunjung

Monday 4 February 2013

Nik Aziz tercekik tulang TUNGAU... !!!



"Itu dia punya pasal". Begitulah reaksi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas dua isu besar yang melanda parti tersebut ketika ini.
Jawapan mudah seperti itu jugalah yang sering diucapkan oleh Nik Abdul Aziz apabila berhadapan dengan wartawan yang mahu mendapatkan komen beliau tentang isu-isu yang melanda parti tersebut dan Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini.
Mengenai reaksi Karpal Singh yang menyanggah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai, beliau berkata, Pengerusi DAP itu tidak tahu apa yang berlaku dalam Pas.
Katanya, terpulang kepada pemimpin veteran DAP tersebut untuk bercakap.
"Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia (Karpal) punya pasal. Dia tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas.





No comments:

Post a Comment

Member BSK