Jumlah Pengunjung

Monday 4 February 2013

Pemimpin Mana Kena Baling Batu ni !!!



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diibaratkan 'melontar batu sembunyi tangan' dengan ''melambungkan' isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu sehingga mengakibatkan percakaran antara umat Islam daripada pelbagai parti.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu seolah-olah mempunyai agenda tertentu apabila membangkitkan isu sensitif tersebut.
"Guan Eng ibarat melontar batu sembunyi tangan. Musibahnya, kita terus bercakaran sama ada menyokong dan membantah isu pengunaan kalimah Allah itu," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel dalam forum Bicara Minda bertajuk "Melayu, Islam di Malaysia' di sebuah hotel di sini malam tadi.
Yang turut menjadi panel pada forum yang dipengerusikan Profesor Khairuddin Damhoeri itu ialah Ahli Biro Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa.
Dalam pada itu Fathul Bari berkata, peratusan orang Melayu di negara ini ialah sebanyak 60 peratus, 20 peratus kaum Buddha dan Kristian pula hanyalah 9.2 peratus.
Beliau berkata, kemungkinan daripada 9.2 peratus itu, orang Melayu beragama Kristian mungkin seramai satu peratus sahaja.
''Hanya satu peratus daripada 9.2 peratus, jadi mengapa diminta Bible digunakan dalam versi bahasa Melayu bukannya bahasa Cina ataupun lain-lain.
''Kalau hendak tukar, tukar semua sekali, nama Joseph dalam Melayu Yusof, David jadi Daud, Abraham menjadi Ibrahim dan Mary kepada Mariam tetapi mereka tidak mahu,'' katanya.
Fathul Bari berkata, beliau hairan apabila Guan Eng yang merupakan pejuang sekolah Cina dan bahasa Cina tiba-tiba mahu Bible digunakan dalam bahasa Melayu.
''Jelas ini merupakan agenda mereka yang perlu difahami oleh orang Islam di negara ini.
''Seperti sedia maklum juga DAP mempunyai perjuangan sendiri dan dinyatakan dalam satu blog rasmi Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa perjuangan ataupun persepakatan antara DAP, Pas dalam pakatan rakyat bukan untuk Islam, bukan untuk hudud, tetapi untuk demokrasi dan juga pluralisme,'' ujarnya.
Dalam pada itu, Fathul Bari menasihatkan orang Islam di negara ini agar bersatu dalam isu kalimah Allah.
''Isu ini melibatkan akidah dan apabila ada usaha hendak mensyirikkan Allah, usaha hendak menyamakan Islam dengan agama lain, adakah orang Islam akan berdiam diri.
''Kita perlu bersatu tanpa mengira kepentingan dan kedudukan politik demi kelangsungan agama Islam di negara ini," tegasnya.





No comments:

Post a Comment

Member BSK