Jumlah Pengunjung

Sunday, 3 February 2013

PROGRAM MY BEUTIFUL DAY MALAYSIA DI PARIT BUNTAR !!!



Seluruh tanah air hari ini menjalankan program 'Beutiful Malaysia' dan tidak ketinggalan juga di kawasan Parit Buntar dimana program ini berjalan disemua peringkat termasuklah mukim dan daerah. 

Program pringkat Daerah Krian telah dijalankan di Kawasan Kuala Gula dan program peringkat mukim pula dijalankan di kawasan Parit Buntar. 

Apa yang menjadi perhatian program ini ialah, ianya dilihat berjaya menyatukan masyarakat di semua peringkat dalam mengindahkan serta menjaga kehijauan alam semula jadi. 

Tidak ketinggalan dalam program yang berlangsung di mukim Bagan Tiang golongan belia yang di ketuai oleh Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal serta orang ramai, beliau telah memfokuskan kawasan kawasan kampung untuk menjalankan aktiviti gotong royong berkenaan. 

Moga program program seperti ini dapat berjalan secara berterusan demi menjaga kesefahaman serta keserasian antara masyarakat. 






No comments:

Post a comment

Member BSK