Followers

L!VE TV WARTA RAKYAT

PESAN RASULLULLAH S.A.W

PESAN RASULLULLAH S.A.W

Jumlah Pengunjung

Thursday, 20 December 2012

ABBY ABADI SANGGUP HINA IBU SENDIRI DEMI PERJUANGAN PAS !!!

abby
Saya agak terkejut dengan perlakuan “ostazah segera” PAS, Abby Abadi yang baru-baru ini melalak lagi di laman sosial Facebook mengenai kontroversi keningnya yang dicukur sehingga menjadi buah mulut ramai pihak yang mempersoalkannya.
Paling memalukan, Abby berkata…
“Pd yg mjadikan ‘kening’ Sy sbg mslh negara yg perlu dibendung, ini gmbr yg mjelaskan. ‘Mak borek Ank Rintik ye”
AA1
Apa nak jadi dengan bekas artis yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup ini? Kenapa dalam menjawab kesalahan diri, dia sanggup mengaitkan maruah ibu kandungnya sekali di dalam kontroversi tersebut?
Apa maksud Abby dengan “Mak borek, anak rintik”?
Apakah dia bermaksud bahawa dia mencukur keningnya itu disebabkan ibunya turut mencukur keningnya juga? Dan mengapa perlu dia kaitkan kontroversi yang melanda diri dengan ibunya sendiri? Tidak ada cara lainkah untuk menjelaskan?
Persoalan yang paling ketara, apakah dia sengaja berbuat demikian untuk “menghalalkan” tindakannya mencukur bulu kening?
Melihat gambar ibunya yang dimuatkan Abby di laman Facebook, memang benar kening ibu “ostazah segera” itu agak nipis, namun saya yakin bahawa ibunya tidak mencukur keningnya.
Berbanding dengan kening Abby, memang jelas sekali keningnya itu dicukur supaya kelihatan nipis dan cantik!
Pada saya, sekiranya Abby yang melakukan kesilapan dengan mencukur keningnya, tak perlulah kaitkan kontroversi berkenaan dengan ibu sendiri kerana ia akan memalukan ibu yang melahirkannya.
Abby sepatutnya mengakui kesilapannya mencukur kening supaya kelihatan cantik di mata umum memandangkan ramai ulama muktabar berpendapat bahawa tindakan itu adalah salah dari sudut hukum Islam.
Namun jika Abby bijak, dia sepatutnya mengajukan pertanyaan kepada Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang dilihat mampu mengeluarkan fatwa yang menyebelahi perlakuan para penganut ajaran “agama PAS”.
Nik Aziz mampu “menghalalkan cara”, asalkan yang melakukan perkara haram dan syubhah itu adalah orang PAS. Jika UMNO yang lakukannya, perkara halal pun nescaya akan diharamkan “nabi PAS” itu…
Pada saya, kontroversi mengenai kening Abby tidak pernah menjadi isu. Sama ada dia mahu mencukur keningnya berbentuk nipis, tirus atau mencukurnya sehingga tiada kening sekali pun, saya peduli apa?
Tapi kalau sehingga membabitkan seorang ibu dengan kesalahan yang dia lakukan sehingga mampu mencemar maruah ibunya itu, saya menganggap ia adalah satu tindakan yang kurang ajar, biadap dan tidak wajar sama sekali.
Kalaulah benar ibu Abby mencukur bulu keningnya sekalipun, adalah tidak wajar Abby menyebarkan keburukan ibunya. Salah tindakan tersebut dari sudut Islam. Ia mengaibkan ibunya sendiri.
Saya rasa, sudah sampai masanya Abby berdiam diri dari terus menjadi liabiliti di dalam PAS dan memalukan dirinya sendiri. Tapi saya positif bahawa Abby adalah seorang yang “bodoh sombong” dan “tidak sedar diri”.
Dia baru-baru ini menegaskan bahawa akan membantu PAS berkempen pada PRU ke-13 nanti. Pada saya, dia sangat dialu-alukan untuk berbuat demikian kerana sudah tentu “ostazah PAS” ini akan terus memalukan PAS dipentas parti itu sendiri!
Kepada Abby Abady, selamat berkempen dan memalukan PAS..!!!

1 comment:

  1. dia nak kata segala perkara yang buruk dan baik berlaku ke atas dirinya termasuk ditinggalkan lagi dan meroyan tak tentu arah tu disebabkan oleh ibunya? Lagi bangang dari si Bingai @ Bangang. Itulah padahnya kalau masa berlaki, laki tak reti nak didik bini.

    ReplyDelete

Lu orang minat cerita ni jugak tak ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...