Cara
yang dipraktikkan Pas ketika mendoakan kehancuran UMNO adalah tidak mengikut
kaedah Islam seperti yang dilakukan Nabi Muhammad SAW, kata Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya.
Beliau
berkata dalam doa itu, Pas tidak menjelaskan secara spesifik bentuk kezaliman
yang dimaksudkan, seolah-olah menuduh seluruh anggota UMNO berlaku zalim.
Ketika
membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung UMNO 2012 hari ini,
beliau menceritakan kisah Nabi Muhammad SAW yang mendoakan supaya Allah
melaknat pihak yang menipu baginda semasa meminta nabi mengutuskan 70 pakar
al-Quran untuk memenuhi beberapa kabilah, namun dibunuh di pertengahan jalan.
"Nabi
doakan laknat ke atas mereka dalam setiap solat nabi selama sebulan, doa dalam
qunut nazilah. Kemudian, Allah turunkan ayat menegur perbuatan nabi, dan nabi
hentikan perbuatan itu.
"Doa
nabi khusus kepada orang yang melakukan kezaliman itu, nabi sebut nama satu
persatu. Persoalan sekarang doa yang dibaca Pas disebut perkataan umum, iaitu
UMNO," katanya.
"Adakah
kita semua di sini menzalimi mereka? Adakah kita semua di sini menghancurkan
mereka? Adakah kita semua di sini rasuah?," katanya disambut laungan tidak!"
oleh perwakilan UMNO.
Fathul
Bari berkata doa oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul
Aziz Nik Mat baru-baru ini menggunakan kaedah yang salah dan tidak memenuhi
kriteria doa orang yang dizalimi.
Mengikut
kaedah Islam, doa itu perlu dirujuk kepada satu pihak secara spesifik bersama
bukti, perlu diletak perkataan "sekiranya" jika tidak Pasti dan perlu
ada pernyataan memaafkan kepada pihak yang dirujuk, katanya.
No comments:
Post a Comment