Jumlah Pengunjung

Sunday, 16 December 2012

GEMPAR... ABBY ABADI KENA PENAMPAR DENGAN SIAPA ???


KALAU ada orang nak mengkritik dan menilai secara negatif yang kami lakukan ini, kami tidak peduli dan tidak mahu layan. 
"Apa yang kami lakukan adalah untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan."
Itulah antara ayat yang keluar daripada mulut pelakon, pengarah dan selebriti serba boleh, Afdlin Shauki ketika ditanya mengenai segelintir pihak yang mempertikaikan motif utama mereka ke bumi Gaza baru-baru ini.

Selain Afdlin, Zain Saidin dan Bront Palare turut sama menyertai misi bantuan yang diusahakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif pada 3 Disember hingga 10 Disember lalu.

Pemergian mereka selama seminggu tersebut bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat di negara yang bergolak itu.

Apa yang pasti, sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi sendiri, ternyata pengalaman ketika berada di sana sangat berharga dan memberi kesedaran tersendiri.

Mungkin orang lain boleh menilai dan melontarkan kata-kata negatif terhadap mereka itu namun niat utama pemergian ke sana adalah lebih penting untuk di ambil kira.

Lebih-lebih lagi tujuan utama pertubuhan itu demi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh saudara sendiri di sana.

Afdlin, Bront dan Zain berkongsi cerita bersama Hits mengenai perjalanan pengalaman serta ketakutan mereka sepanjang berada di bumi yang tidak pernah reda dengan cerita-cerita duka.

Tidak dinafikan, sebelum tiba di bumi Gaza, ketiga-tiga selebriti ini menyimpan perasaan takut untuk ke sana apabila memikirkan keadaan yang sentiasa bergolak.

Namun perasaan tersebut hilang sebaik mereka menjejakkan kaki di sana kerana situasi yang dilalui sepanjang berada di Gaza bukanlah seperti yang dibayangkan di kotak fikiran masing-masing.

Menurut Zain, sebelum ke sana mereka sememangnya memikirkan tentang pelbagai perkara yang mungkin berlaku. “Tapi apabila sudah sampai terasa seronok pula. Boleh diibaratkan macam balik kampung sendiri.

"“Lebih-lebih lagi orang di sana mesra dan ramah. Malah apa yang buat saya terkejut, mereka langsung tidak menunjukkan rasa sedih. 

Mereka memang sangat tabah," cerita Zain ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba di tanah air.

Ps: Jadi, buat orang yang ada hati busuk macam Si Ostazah Pening tu pikir la sendiri. Orang lain dah hulur bantuan dengan niat yang ikhlas. Yang dia pulak bila lagi? Jangan buat sekadar nak menunjuk - nunjuk sudah la!!!
 
sumber DARI SINI...

No comments:

Post a Comment

Member BSK