Jumlah Pengunjung

Friday 7 December 2012

MACAM2 PAS DAH HALALKAN SEKARANG NI !!!


Apa sahaja yang dilakukan kerajaan BN/UMNO pasti akan dicop haram walaupun beri bantuan BR1M, PTPTN, Baucar Buku dan lain-lain ...... tetapi bila dilakukan di negeri2 yang diperintah oleh PAS tentunya tidak haram tetapi halal.

Begitu juga pertandingan bina badan yang mendedahkan aurat lelaki. Kalau pertandingan itu diadakan di negeri2 BN/UMNO atau pun kerajaan pusat mereka cukup hebat membuat bantahan, demonstrasi atau hasutan.

Hebat negeri Kelantan ni. Apa yang haram di negeri lain adalah halal toyyiba di Kelantan. Dengan berlatarbelakangkan banner gambar Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, negeri Kelantan dengan bangganya telah menganjurkan Kejohanan Badan Cantik Mr Kelantan 2011.

Menteri Besar Kelantan dok sibuk suruh perempuan-perempuan Kelantan menutup aurat, jangan berhias ketika keluar rumah, mengasingkan antara lelaki dan perempuan di pasaraya tetapi dalam bab lelaki-lelaki yang hampir bertelanjang di atas tak mengapa pulak. Takkan saya hendak mengajar Tok-Tok Guru di Kelantan tentang hukum menutup aurat? Takkan ulama-ulama PAS di Kelantan tidak mengetahui aurat lelaki adalah di antara pusat dan lutut?

Teringat semasa Pemuda PAS membuat bantahan ketika Melaka menganjurkan Pertandingan Bina Badan tempoh hari. Hairan pulak kenapa Pemuda PAS tidak membuat bantahan yang sama dengan kejohanan di atas. Takkan belaku "double standard" kot? Adakah dengan hanya menambah sehelai kain pendek menutup seluar dalam, segala-galanya menjadi halal bagi ulama-ulama PAS Kelantan?

No comments:

Post a Comment

Member BSK