Jumlah Pengunjung

Monday 3 December 2012

MANA SURAT SAMAN NURUL IZZAH NI !!!



KENYATAAN MEDIA

6 November 2012 UNTUK SEBARAN SEGERA
Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya – Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah – untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas  Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media lain,  berkaitan laporan berunsur fitnah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari dengan menuduh saya seolah-olah  saya menyokong murtad.


Saya tidak merelakan fitnah sebegini diteruskan dan tidak  teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan  kebenaran dan demi keadilan.


Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN
Di kalangan orang PKR sendiri sedang gelakkan Izzah yang masih belum mengeluarkan SURAT SAMAN kepada Utusan dan Berita Harian. Yang buat Izzah serba tak kena, apabila berdasarkan maklumat peguam, susah juga untuk tidak membawa The Malaysian Insider dan Malaysiakini dalam saman tersebut. Sebab, asal usul berita tersebut adalah portal tersebut. Di samping laporan menyeluruh yang dibuat portal 1Christians.


Hari ini sudah 23hb Nov. Masih belum ada apa-apa. Ulama’ yang menasihati PKR sudah nasihatkan. Minta maaf dan bertaubat. Bukan saman.
Mana satu yang Izzah nak buat ni?


Kalau minta maaf, jawabnya terbang EGO anak Anwar yang seorang ni. Disebabkan keceluparan mulut, habis semua planning. Daripada nak memenangi hati orang bukan Islam, pengundi Islam pula yang marah.

sumber cerita gua ambik dari sini...

No comments:

Post a Comment

Member BSK