Jumlah Pengunjung

Tuesday 4 December 2012

MAT SABU KANTOI LAGI !!!


Pengorbanan lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC), memerangi komunis ketika zaman darurat mendapat penghargaan kerajaan negeri apabila mereka diberikan hadiah tanah untuk perumahan dan pertanian seluas 94 hektar.

Pemberian itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan bekas SC yang bertugas dari 1948 hingga 1960, termasuk ahli keluarga mereka yang terkorban ketika zaman darurat.

Ketua Pasukan Bekas SC Hulu Perak, Abdul Rani Che Lah, 74, berkata, pihaknya melalui banyak rintangan bagi memperoleh sebidang tanah untuk diberikan kepada bekas anggota mereka yang banyak berkorban.

“Saya bersama ahli lain sebelum ini berusaha mengemukakan hasrat itu (mendapatkan tanah) kepada kerajaan negeri dan kementerian berkaitan semata-mata untuk mendapatkan sedikit penghargaan.

“Kami akhirnya bersyukur apabila hajat termakbul. Kami menghargai jasa kerajaan negeri terutama dua wakil rakyat yang prihatin dengan kami,” katanya ketika ditemui selepas majlis penerangan dan ramah mesra bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris dan Adun Temenggor, Datuk Hasbullah Osman.


Rani berkata, setiap bekas anggota SC menerima 0.8 hektar manakala kawasan selebihnya dijadikan sebuah perkampungan tersusun untuk didiami bekas pejuang SC serta ahli keluarga mereka.

“Kawasan tanah yang diperoleh akan dijadikan kebun sama ada untuk ditanam getah atau kelapa sawit.

“Mereka boleh mendapatkan bantuan agensi kerajaan berkaitan untuk memajukan kawasan tanah manakala bagi pembinaan perkampungan tersusun untuk bekas SC akan bermula awal tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Tarmizi berkata, kerajaan negeri meluluskan pemberian tanah itu pada November lalu hasil perbincangan dengan persatuan berkenaan sejak dua tahun lalu.

“Kerajaan negeri bersetuju meluluskan cadangan pembinaan sebuah perkampungan tersusun bagi bekas SC di Kilometer 18, Jalan Gerik-Kupang dan setiap peserta sudah menjelaskan premium tanah yang berjumlah RM90,000.

“Kawasan ini sememangnya perlu dibangunkan untuk mengelak ia daripada diteroka secara haram dan saya berharap peserta tidak menjual tanah yang diberi ini bagi memastikan nasib bekas SC dan keluarga terus terbela,” katanya.

GUA AMBIK CITE NI DARI SINI...

No comments:

Post a Comment

Member BSK