Jumlah Pengunjung

Sunday 2 December 2012

NIK AZIZ BIARKAN KELUARGA MENDERITA !!!


Pilu hati seorang ibu apabila terpaksa pasrah menjaga dua anaknya yang dimaklumkan doktor hanya mampu hidup pada usia 15 hingga 20 tahun akibat penyakit saraf.
Samsiah Omar, 40 dari Pengkalan Baru, Beris, dekat sini, berkata, dua anaknya, Mohd Qazi Mohd Zaki, 12, dan Mohd Fazli, 17, menghidap penyakit berkenaan sejak berusia tujuh tahun dan kini terlantar, malah tubuh mereka terlalu kurus selain perlu didukung ke bilik air untuk membersihkan badan.

Katanya, dia sudah merasai sengsara kehilangan dua anak dalam tempoh setahun apabila anaknya sebelum ini, Mohd Annuar dan Mohd Faizal, masing-masing meninggal dunia pada usia 14 dan 15 tahun akibat penyakit sama.
“Ketika dua arwah anak masih hidup, saya pernah membawa mereka mendapatkan rawatan di hospital, namun doktor mengatakan anak saya tidak boleh diubati kerana menghidap penyakit saraf yang berpunca daripada penyakit keturunan.

“Lebih menyedihkan, saya dimaklumkan jangka hayat anak saya hanya sampai usia 15 hingga 20 tahun saja. Ternyata ia benar apabila dua anak saya meninggal dunia ketika berusia 14 dan 15 tahun dan nasib dua anak saya yang masih hidup ini bakal menerima nasib sama seperti mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, selain pasrah dengan nasib dua anaknya, dia turut dihimpit kemiskinan apabila suaminya, Kamaruzaman Hamzah, 45, hanya bekerja kampung dan mempunyai pendapatan tidak tetap.

No comments:

Post a Comment

Member BSK