Ada Orang Yang Lebih "Zuhud" Daripada Nik Aziz???
Walaupun Nik
Aziz selalu digambarkan sebagai seorang Tok Guru yang zuhud kerana
mengajar agama di masjid2, tinggal di rumah sendiri dan bukannya di
kediaman rasmi Menteri Besar, makan di warong, menghirup sisa kuah di
pinggan selepas makan, bersolat Duha di mana2 sahaja termasuk di pinggir
hutan dll.
Beliau
berkeinginan menaiki Mercedes yang lebih selesa untuk menjalankan
tugasnya sebagai MB, menunaikan Haji secara exklusif dan mewah yang juga
pastinya lebih selesa dan kurang memenatkan, berkeinginan untuk
mempunyai beberapa lot tanah untuk dirinya dan keluarga dll. Itu semua
adalah biasa....
Tidak menjadi
satu kesalahan untuk bermewah2 dan memiliki harta, asalkan sahaja kita
tidak mengambil hak orang lain, tiada berlaku bentuk penindasan dan
tidak berlebih2.
Maklumlah kita hidup selepas Merdeka...
Jika dibuat
perbandingan dengan kehidupan para sahabat Rasullullah s.a.w. mungkin
cara hidup kita pada hari ini lebih mirip kepada cara kehidupan Saidina
Muawiyyah r.a. yang sentiasa bermewah-mewah dan jauh berbanding
kehidupan para Khalifah Khurasyidin r.a. yang lebih mirip kepada
kehidupan Rasullullah s.a.w. yang serba sederhana.
Jestru jika
sifat zuhud hanya diukur daripada sudut hidup secara sederhana tanpa
mengambil-kira tahap keimanan serta amal ibadat berbentuk keagamaan yang
dilakukan maka kemungkinan Presiden Uruguay akan dikira lebih "Zuhud"
berbanding Nik Aziz sendiri.
sumber DARI SINI...
No comments:
Post a Comment