Jumlah Pengunjung

Tuesday 4 December 2012

PAS MAKAN DUIT SEKOLAH AGAMA RAKYAT !!!

Kerajaan persekutuan menyalurkan RM35.6 juta kepada 79 sekolah agama di Kelantan, termasuk RM25.1 juta yang telah dibelanjakan untuk projek menaik taraf infrastruktur dan pembinaan bangunan baru sekolah. Daripada bantuan RM10.5 juta itu, 51 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menerima RM140,000 setiap sekolah, 22 Sekolah Agama Rakyat (SAR) mendapat RM100,000 setiap sekolah dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mendapat RM200,000 setiap sekolah. Sebanyak RM25.1 juta dibelanjakan sebelum ini untuk enam projek menaik taraf infrastruktur dan membina bangunan bagi sekolah SABK. Kesemua projek itu siap tahun lepas. Ia melibatkan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Bachok; SMUA Al-Kauthar, Kota Bharu; SMUA Al-Falah, Pasir Mas; SMUA Tengku Amalin Aishah Putri, Kota Bharu; SMUA Darul Salam, Kuala Krai; dan SMUA Saadatul Qura, Kuala Krai. Apa yang sedang berlaku di Sekolah Agama Rakyat yang tidak diserahkan kepada Kerajaan Pusat dan di tadbirkan sendiri oleh Kerajaan PAS Kelantan, salah satu ialah dalam Parlimen Pasir Mas, sesi pembelajaran pada tahun 2013 ramai pelajar akan berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan dan lain², kerana mereka belajar di SAR di bawah pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan, seorang pelajar perlu membelanjakan duit poket hampir seribu lebih untuk setahun belajar. Dimana kebajikan untuk anak² yang ingin menimba ilmu demi masa depan mereka dan mana tanggungjawab sesebuah kerajaan dalam mentadbir negeri? Kalau macam ni, aku cadangkan Sekolah Agama Rakyat ditukar kepada Sekolah Agama Pas Cari Duit (SAPCD).

No comments:

Post a Comment

Member BSK