Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, sehingga ke hari ini,
EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan masih lagi tidak memberikan
sebarang penjelasan.
“Sehubungan dengan itu, sekali lagi kami mewakili anak-anak muda
di Selangor mendesak kerajaan negeri terutamanya EXCO yang terlibat supaya
memberikan penjelasan mengenai percanggahan maklumat antara yang dikeluarkan di
dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini dengan apa yang diucapkan di dalam
sidang DUN pada 26 Mac 2012.
Tambahnya, di zaman pentadbiran kerajaan BN sebelum tahun 2008,
mereka telah mewujudkan Skim Perumahan Pasangan Muda. Apakah status skim ini
sekarang? Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sebidang tanah di 24 Shah Alam
sudahkan diperuntukkan untuk tujuan Skim Perumahan Pasangan Muda ini.
“Jadi, apa status tanah itu sekarang. Kita juga hari ini akan
menziarahi sebuah rumah anak muda yang mengalami masalah dalam memiliki rumah
kos rendah, di mana mereka terpaksa tinggal bersama dan berkongsi rumah dengan
tiga pasangan yang lain.
No comments:
Post a Comment