Sekumpulan anak muda adalah antara
16 anggota Pas Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di sini, yang bertindak
keluar parti dan menyertai UMNO selePas kecewa dengan hala tuju Pas sekarang.
Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata
beliau menyertai Pas tiga tahun lePas, namun kecewa selePas mendapati
perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti.
"Mereka (pemimpin pertengahan)
takut sangat hendak kritik pemimpin atasan khususnya dalam soal pelaksanaan
hukum hudud yang disanggah DAP.
"Kami golongan muda sangat
kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih UMNO yang lebih konsisten
memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa
Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan UMNO
kepada Ketua UMNO Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini malam tadi.
Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau
kecewa kerana pemimpin Pas di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota,
terutama yang memerlukan bantuan.
Beliau yang menyertai UMNO bersama ibunya,
Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin Pas menziarahi bapanya
Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.
Zakiah juga berkata lima lagi adik
beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai UMNO.
Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota
Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota Pas yang
menyertai UMNO tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi UMNO
dan Barisan Nasional khususnya di Padang Terap.
"Saya dapat tahu ramai lagi
bakal keluar Pas untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana UMNO
tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu
berjuang bersama-sama kita," katanya.
Mahdzir berkata penyertaan ramai
orang muda ke dalam UMNO menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka
memahami perjuangan parti itu.
Beliau turut berterima kasih kepada
anggota Pas yang menyokong perjuangan UMNO.
No comments:
Post a Comment