Regim DAP Pulau Pinang yang kita semua tahu chauvanis ultrakiasu dan rasis hari ini sekali lagi bertindak menindas umat Islam .
Terkini kerajaan regim ini telah meluluskan agar 10-15 kubur umat Islam di Tanah Perkuburan Boundry dihancurkan demi menurut kehendak pemaju perumahan Syarikat Marvellous Land Sdn Bhd membina tembok.
Walaupun pelbagai bantahan dan rayuan pihak waris,Pihak majlis berperbandaran tidak mempedulikan sebaliknya mendapat kebenaran dan kelulusan daripada MPPP yang Ahli Majlisnya dikuasai oleh DAP.
Sebentar tadi satu bantahan sekali lagi dibuat dikawasan perkuburan itu,tidak ada seorang pun wakil daripada PAS atau PKR hadir untuk membela nasib waris tanah kubur ini.Mereka semua khabarnya menyorok dibelakang abang besar YB gengster tong gas Ng Wei Aik dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow.
Kita dapat lihat diskriminasi oleh regim DAP,mereka akan bertindak serta merta jika sebarang isu melibatkan kepentingan kaum cina. Kes yang sama berlaku awal tahun ini melibatkan tanah perkuburan cina dan anda dapat lihat bagaimana regim DAP bertindak.
Difahamkan kawasan yang mengandungi tanah perkuburan itu telah dijual oleh salah seorang keturunan itu kepada pihak ketiga dengan harga RM470,000. Ia kemudiannya dijual kepada pihak keempat dengan harga lebih RM23 juta. Pemilik sekarang ialah pemaju, Jiran Bina Sdn Bhd.56 Keluarga bantah kubur nenek moyang digali -Anggota keluarga kepada 56 orang yang dikebumikan di tanah perkuburan berusia 112 tahun di Batu Lanchang menuduh pihak berkuasa tidak berlaku adil kerana meluluskan kerja-kerja penggalian kubur nenek moyang mereka walaupun mendapat bantahan.
Yeoh Cheang Pew, 80, dan Yeoh Cheang Huat, 65, yang bercakap bagi pihak keturunan yang lain berkata, mereka bergegas pulang dari Teluk Intan dan Sitiawan hanya untuk merayu pihak berkuasa menghentikan kerja-kerja itu.
"Kami dapat bercakap dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow untuk menangguhkan keputusan memusnahkan kubur-kubur itu,” kata Cheang Huat kepada pemberita di Georgetown, hari ini.
Beliau berkata, setiap orang di sini menentang tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan permit bagi menggali kubur nenek moyang mereka.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju untuk meneliti perkara itu dan berjanji untuk memberi respons terhadap permintaan mereka dengan segera.
Cheang Huat berkata, ada kes mahkamah berhubung tanah itu yang masih belum selesai dan MPPP perlu menunggu agar kes itu diselesaikan sebelum membenarkan kubur itu dimusnahkan.
Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik (kiri) berkata kes mahkamah yang belum selesai itu yang didakwa oleh keturunan berkenaan tidak berkaitan dengan kerja-kerja penggalian kubur itu.
"Pemaju sebagai pemilik tanah boleh memohon kebenaran jika mereka memenuhi prosedur dan MPPP boleh meluluskannya,” katanya ketika dihubungi.
Ng juga mendakwa kerajaan negeri telah mengatur satu pertemuan dengan semua keturunan berkaitan pada Disember tahun lepas tetapi tiada seorang yang hadir.
Terdapat lebih daripada 50 perkuburan di Lorong Batu Lanchang termasuk perkuburan Tan Hup Chui, pengasas Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, dan Lim Ko Seng, seorang dermawan terkenal.
Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam sejarah Pulau Pinang semasa zaman kejayaan mereka.
Selain keluarga Tan dan Lim, keluarga lain yang dikebumikan di situ termasuk Kam, Yeoh, Chuah, Koay, Teoh, Goh, Yap dan Ong.
Dilaporkan kerja-kerja penggalian tanah perkuburan itu dijalankan bagi memberi jalan kepada projek pembinaan rumah bernilai RM300juta.
Pembangunan tanah itu dijangka dimulakan tahun depan. Projek itu mengandungi 91 rumah teres, 299 apartmen dan 234 unit kos sederhana rendah.
No comments:
Post a Comment