Jumlah Pengunjung

Thursday 6 December 2012

TUN MAHADIR BOCOR RAHSIA PEMBANGKANG !!!


Orang ramai perlu mengambil perhatian daripada peringatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang kemungkinan negara akan mengalami kehancuran dan kecelaruan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, sebagai individu yang pernah melalui cabaran dan kesukaran dalam mentadbir negara, peringatan Dr. Mahathir itu sememangnya sangat berasas.
Menurutnya, negara perlu ditadbir kerajaan kukuh yang dibentuk daripada parti yang kuat seperti Barisan Nasional (BN) bukan seperti pakatan pembangkang yang ketika ini jelas dibelenggu konflik dalaman.
"Matlamat utama pakatan pembangkang ketika ini hanyalah mendapatkan kuasa, cara untuk mentadbir negara pula merupakan perkara kedua yang difikirkan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas pendapat Dr. Mahathir bahawa negara akan mengalami kehancuran jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Dr. Mahathir berkata, kerajaan yang akan dibentuk pembangkang merupakan kerajaan campuran tiga parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama.
Menurut Mohamed Maliki, rakyat perlu berhati-hati kerana kesilapan memilih pemimpin boleh membawa kepada kehancuran negara.
"Pakatan pembangkang sehingga kini masih gagal menemui kesepakatan termasuk dalam soal asas seperti pelaksanaan hukum hudud.
"Jika isu hudud ini sendiri tidak dapat diselesaikan kemampuan pakatan pembangkang bagi mentadbir negara boleh diragui," katanya.

2 comments:

  1. blog anda telah dipautkan.

    GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara di TENDANG TERAJANG

    ReplyDelete

Member BSK