Cerita di bawah ni membuktikan segalanya tentang fitnah PAS terhadap UMNO. Gua sntiasa berbangga krn mnjadi rakyat MALAYSIA, sokongan UMNO untuk sntiasa memartabatkan ISLAM dimata dunia mnjadi perbualan dunia skrg. untuk cerita lebih lanjut lu org baca la kt bawah ni..
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,
kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO berjaya menebus semula
maruah umat Islam sekali gus membuktikan negara Islam mampu mencapai kejayaan
seperti mana negara-negara lain
Bekas Perdana Menteri itu berkata,
berdasarkan kepada faktor tersebut selain faktor kejayaan UMNO dan BN
membangunkan negara, rakyat perlu memberi mandat kepada parti tersebut dalam
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Pada masa sama beliau sekali lagi
mengingatkan kepada semua rakyat bahawa kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia
sejak 55 tahun lalu akan musnah sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat
untuk memerintah
"Rosak, rosak habis sekiranya
pembangkang memerintah negara. Segala kemajuan yang kita kecapi selama 55 tahun
ini akan dihancurkan oleh mereka.
"Berbanding UMNO dan Barisan
Nasional (BN), sudah terbukti yang kita berjaya membawa pembangunan kepada
negara," katanya kepada pemberita selepas memberi ucaptama dalam Seminar
Antarabangsa Standard Pelancongan Islam kali pertama bertemakan Standard
Kualiti Hotel Menurut Perspektif Islam di sini hari ini.
Peserta yang hadir dalam seminar itu
terdiri daripada pengusaha-pengusaha dalam industri pelancongan dari
negara-negara Islam seluruh dunia.
Semalam, Dr. Mahathir mahu semua
ahli UMNO bersatu memberikan sokongan kepada siapa sahaja calon BN dalam PRU-13
akan datang walaupun yang dipilih itu daripada pemimpin parti komponen.
Mengulas lanjut Dr. Mahathir
berkata, pihak pembangkang sudah pasti akan merosakkan segala-galanya demi
memperlihatkan kekuasaan jika menang kerana itulah sebenarnya wajah mereka.
Tegas beliau, sememangnya rakyat
tidak akan dapat lari daripada menghadapi kesan yang amat buruk sekiranya
perkara itu benar-benar berlaku memandangkan cara pembangkang mentadbir
bukannya baik untuk negara.
Sementara itu ketika ditanya
mengenai budaya cah keting di dalam UMNO beliau percaya kepimpinan parti sedang
berusaha mengurangkan budaya negatif tersebut.
Mengenai potensi bidang pelancongan
berteraskan Islam, Dr. Mahathir percaya industri itu boleh berkembang kerana
sudah ada permintaan daripada pelancong-pelancong khususnya pelancong Islam.
Beliau berkata, itu termasuk
penyediaan perkhidmatan hotel bercirikan Islam yang sekarang ini telah bamyak
disediakan terutama di negara-negara Islam.
"Sebelum ini kita terlalu
bergantung dengan kemudahan yang mengikut cara Eropah dan kita terpaksa
menerimanya tetapi sekarang terdapat orang Islam yang berkeupayaan memberi
perkhidmatan sejajar dengan kehendak Islam," ujarnya
Terdahulu di dalam ucapannya, Dr.
Mahathir berkata, Islam tidak pernah menghalang penganutnya mengecapi kemewahan
tetapi mestilah bersandarkan sumber-sumber halal antaranya terlibat dengan
industri pelancongan.
"Kebanyakan negara-negara Islam
mempunyai produk-produk pelancongan yang mampu menarik pelancong datang ke
negara mereka antaranya kesan-kesan tamadun Islam terdahulu. Ambillah peluang
ini untuk kita memperkenalkan tamadun Islam kepada orang lain," katanya.
No comments:
Post a Comment