Sekali lagi Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba mencuci tangan
dengan memutar belitkan fakta apabila menuduh UMNO sebagai punca
berlakunya perpecahan sesama orang Melayu Islam di negara ini.
Katanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengetepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan.
Hujah Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikirannya malah menunjukkan ketaksubannya yang melampau terhadap PAS.
Katanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengetepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan.
Hujah Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikirannya malah menunjukkan ketaksubannya yang melampau terhadap PAS.
Nik Aziz mungkin lupa, namun sejarah hakiki tidak mungkin dapat
dipadamkan bahawasanya kewujudan PAS itu sendiri adalah hasil dari
ketamakan kuasa. Dek kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO
maka dari situlah wujudnya PAS hingga ke hari ini.
Kewujudannya pula bukan atas nama perjuangan Islam sebaliknya bertitik
tolak dari dasar dendam kekalahan yang kemudian merebak kepada
perpecahan orang Melayu Islam.
Sedar dengan kelemahan itu maka pemimpin PAS berbohong pula kepada
rakyat konon penubuhannya adalah hasil dari protes terhadap judi loteri
yang dikaitkan dengan UMNO.
Walhal jika itu alasannya kenapa tidak sekarang PAS menjauhkan diri dari
PKR dan DAP yang memerintah Selangor dan Penang, yang mana di
negeri-negeri itu lesen judi ekor dan lumba kuda masih diluluskan oleh
Kerajaan Negeri.
Hatta lesen kedai arak, rumah urut yang tak berlesen pun tumbuh
mengalahkan cendawan selepas hujan di negeri yang diperintah oleh
rakan-rakan sekedudukan dengan PAS itu.
Atau mungkinkah semua senario di negeri-negeri yang diperintah PR itu
menepati dasar Islam yang dituntut oleh PAS, maka kerana itulah PAS
masih setia bersama PR?
Sudah menjadi lumrah mana-mana pemimpin PAS gemar memalitkan tuduhan
semberono untuk memperlihatkan pada penyokongnya bahawa UMNO adalah
parti yang tidak Islamik, manakala PAS pula didendangkan sebagai parti
pejuang Islam.
Dengan berbuat demikian PAS percaya para penyokongnya akan terus setia
dengan perjuangan PAS sekalipun sejarah membuktikan punca perpecahan
ummah antara penyebab utamanya ialah PAS.
Sekitar tahun 1960 hingga 1980-an banyak perpecahan sesama penduduk
sekampung dan sesama keluarga berlaku disebabkan perbezaan fahaman
politik gara-gara taksub pada hasutan kepartian yang dibawa oleh
pemimpin PAS.
Sembahyang dua imam dalam satu kariah, mendoakan kehancuran sesama Islam
serta memboikot kenduri kendara orang Melayu Islam yang condong bersama
UMNO, segalanya sudah sinonim dengan watak dan pembawaan PAS dan
penyokongnya.
Namun disebalik semua itu, PAS tidak kekok untuk menerima dasar
sekularisme dan pluralisme yang diamalkan oleh PKR, malah tidak canggung
untuk berpeluk sakan dengan DAP yang akidahnya adalah sosialisme.
Islam bagi PAS hanya sekadar label dan jenama untuk mengabui mata
khalayak semata-mata, namun gerak laku dan praktikal yang diamalkan oleh
pimpinan PAS langsung tidak mencerminkan sikap Islamik.
SUMBER DARI SINI...
No comments:
Post a Comment