Followers

L!VE TV WARTA RAKYAT

PESAN RASULLULLAH S.A.W

PESAN RASULLULLAH S.A.W

Jumlah Pengunjung

Saturday, 23 March 2013

AMARAN KEPADA SEMUA BLOGGER !!!




Tindakan menyaman media atau penulis blog tertentu terutamanya oleh parti-parti pembangkang boleh memberikan petanda buruk terhadap kebebasan media di negara ini.

Malahan ia juga dianggap sebagai satu usaha mengheret institusi kehakiman dalam menimbulkan keraguan terhadap pihak berkuasa sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seorang peguam, Hasnal Rezua Merican menyatakan, tindakan menyaman akhbar atau penulis blog kini menjadi trend untuk menyempitkan kebebasan bersuara dan media.

"Kalau tidak boleh beri peluang untuk akhbar atau blogger untuk mengkritik, maka jangan bercakap mengenai kebebasan media," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Beliau mengulas demikian berhubung trend pihak-pihak tertentu terutama parti pembangkan yang mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan penulis blog tertentu konon melemparkan fitnah terhadap mereka.

Hasnal Rezua berkata, selain itu adalah benar dari segi undang-undang, sesiapa yang menyebar fitnah tidak kira penulis asal atau pencetak dan sebagainya boleh disaman dan dikenakan tindakan.

Namun, ujar Hasnal Rezua, tindakan menyaman hanya mereka yang mencetak semula dakwaan dikatakan fitnah itu tanpa memanggil penulis asal sebenarnya boleh dikira sebagai usaha untuk menyempitkan pembelaan pihak yang disaman.

"Akhbar-akhbar propembangkang juga ada menyiarkan fitnah atau perkara-perkara yang meragukan tetapi tidak disaman oleh kerajaan kerana kerajaan sedia ada lebih percaya kepada kebebasan media di samping mengambil pendekatan menjelaskan perkara yang sebenarnya.

"Tapi yang ada sekarang, baru ditanya soalan, sudah nak saman. Baru ditanya soalan, sudah ugut hendak panggil pengawal keselamatan. Kalau tidak bersedia untuk menghadapi media, memberikan jawapan atau penjelasan terhadap soalan yang akan diberikan, jangan dipanggil sidang media,’’ katanya.
Tindakan saman media dan penulis blog ini juga, kata Hasnal Rezua, merupakan usaha untuk menutup mulut tidak kira dari media atau pun penyokongnya sesebuah parti itu sendiri.

Seorang lagi peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan, tindakan saman-menyaman itu juga berkemungkinan adalah untuk menakut-nakutkan media mahupun penulis blog agar kebenaran sesuatu isu tidak didedahkan.

Beliau turut memberitahu bahawa saman-saman tersebut bersifat 'memilih’ kerana tidak semua disaman.
Memberi contoh dalam kes saman fitnah oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Tolak Anwar - Hasan', syarikat penerbitan itu disaman ekoran penyiaran transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari tahun lalu.

"Bagaimanapun sehingga hari ini, Anwar tidak pernah memfailkan saman terhadap Hasan di atas kenyataan yang dikeluarkan itu," katanya.






No comments:

Post a Comment

Lu orang minat cerita ni jugak tak ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...