Saya tidak hairan apabila salah seorang bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong memberitahu media bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, merupakan seorang yang dayus dan sedang berada dalam kepanasan berhubung isu pendedahan Mohd Fareez Kamal Intidzam.
Dalam kenyataan media Lum Yong semalam, dia berkata…
“Kita difahamkan bahawa Azmin Ali dalam kepanasan sebab penyokong-penyokong Wan Azizah memberi tekanan hebat kepada beliau berikutan episod Fareez Kamal.
“Kita dapat maklumat awal bahawa Azmin akan menyalahkan UMNO untuk lepas tengkuk sendiri daripada terus menerima tekanan politik dalam PKR. Jika benar maka ia merupakan satu tindakan yang dayus.
Sebenarnya, satu Malaysia sudah tahu betapa dayusnya Azmin Ali. Dia terlalu dayus untuk menjadi seorang lelaki apabila dikantoikan adiknya sendiri, Ummi Hafilda, yang dapat menghidu kegiatannya “menjaja isteri” sendiri untuk membodek Anwar.
Itu bukan rahsia. Saya yakin, satu negara tahu tentang cerita Ummi Hafilda yang mengekori kereta milik Datuk Nallakaruppan yang membawa Shamsidar Taharin ke Tivolli Villa untuk bertemu Anwar.
Tak tahulah apa yang dibuat oleh isteri Azmin dan Anwar di kondominium mewah tersebut. Khabarnya terdapat banyak tompokan air mani milik Anwar dan Shamsidar di atas tilam yang diusung masuk ke kamar mahkamah sebagai bukti.
Itu dosa Anwar dan isteri Azmin, saya tak mahu campur. Jawablah nanti di depan Allah. Namun apa yang jelas, Azmin sememangnya dayus jika dirujuk pada kegiatan tersebut, bukan?
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dari Wan Azizah berhubung tekanan yang diberikan dari kem Presiden PKR itu terhadap Mohd Fareez. Manakala Azmin juga masih berdiam diri bila dikaitkan dengan pendedahan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, itu.
Sebagaimana maklum, maklumat yang diperoleh dari sumber dalaman PKR sebelum ini menceritakan tentang wujudnya kem Wan Azizah dan kem Azmin Ali yang bermusuh di antara satu sama lain.
Salah satu sumber menjelaskan bahawa permusuhan itu bermula pada pemilihan PKR yang lalu di mana Azmin pada mulanya berura-ura untuk mencalonkan diri sebagai Presiden parti itu.
Namun cita-cita Azmin itu dihalang oleh ramai ahli PKR yang mahu menobatkan Wan Azizah sebagai Presiden memandangkan jasa isteri Anwar itu yang dikatakan begitu setia dan sanggup menelan kepahitan dari kegiatan “gelap” suaminya.
Azmin kemudian terpaksa mengalah dengan kemahuan ahli-ahli PKR yang bersimpati pada Wan Azizah dan dia hanya mampu menempatkan diri sebagai orang nombor tiga terpenting di dalam PKR, di belakang pasangan Anwar suami isteri.
Dari situlah bermulanya kem Wan Azizah dan Azmin. Antara mereka yang dipercayai dari kem Wan Azizah ialah Khalid Ibrahim, Nurul Izzah, Zulkifli Noordin (dipecat dan berjaya disingkirkan Azmin) dan ramai lagi.
Manakala kumpulan Azmin pula disertai oleh Rafizi Ramli, Mak Lampir, Sam Ketot dan beberapa golongan opportunis yang bercita-cita tinggi melalui jalan mudah iaitu membodek Anwar semahu-mahunya.
Dan kini, pendedahan Mohd Fareez itu mengukuhkan lagi dakwaan permusuhan di antara dua kumpulan di dalam PKR itu, dan masalah itu bukanlah masalah biasa atau kecil, malah mampu membuat parti itu “karam”!
Serius atau tidak, permusuhan itu telah membuat Mohd Fareez rasa terancam dan terpaksa membuat laporan polis. Ganas juga kumpulan Wan Azizah itu, bukan? Sampai kumpulan Azmin terpaksa membuat laporan polis?
Khabarnya, Azmin sedang mencatur kenyataan dalam masa terdekat bagi menjawab isu itu dan dia dijangka seperti biasa akan menyalahkan UMNO atau BN atas apa yang berlaku di dalam PKR itu.
Pelik tapi benar. Walaupun ia hal dalaman PKR, tapi Azmin tetap nak salahkan UMNO juga? Payahlah kalau begini. Semua yang berlaku dalam PKR semuanya salah UMNO dan BN? Anwar tertinggal jam tangan Omega pun salah UMNO juga? Biar betul..!
(SUMBER)
No comments:
Post a Comment