Jumlah Pengunjung

Tuesday, 5 February 2013

PEMIMPIN PEMBANGKANG Arahkan Bakar Kilang LYNAS ???



Hari ni Presiden Kumpulan Hijau , Wong Tack dengan berani mengeluarkan satu kenyataan akhbar (menurut laporan Sin Chew Daily) yang dia sendiri akan membakar loji nadir bumi Lynas sekiranya ia tidak ditutup selepas tempoh 30 hari pilihanraya umum berakhir . Kenyataan 'over confident' Wong Tack ini mungkin berasaskan bahawa keyakinan beliau yang Pakatan Rakyat akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas PRU-13 . Sebagai seorang Presiden persatuan yang kononnya menjaga kehijauan alam sekitar , tindakan membakar loji berkaitan petrochemical nampaknya macam satu tindakan yang bodoh dan 'contradict' dengan perjuangan beliau yang nak menyelamatkan alam sekitar .





Tahukah beliau sekiranya kilang Lynas itu dibakar tindak balas kimia dan asap yang terhasil akibat proses pembakaran itu akan mengancam penduduk setempat ? Mungkin beliau nak mengukur sendiri kadar keradioaktifan sekeliling sebelum dan selepas proses bakar membakar itu berlaku ? Selain mencemarkan udara dengan bahan2 kimia akibat pembakaran tak terkawal itu , tak mustahil akan berlaku lagi masalah-masalah lain yang bakal menganggu gugat kesihatan penduduk-penduduk setempat . Bodoh bodoh dan bodoh ... ini lah yang dikatakan buat kerja bangang hanya disebabkan nak jadi hero atas perjuangan sempit dek kegagalan memahami sains .

Oleh itu, elok lah diperhatikan gerak geri pejuang alam sekitar yang hipokrit ini , mungkin banyak lagi tindakan2 bodoh yang akan dilakukan beliau . Dan untuk orang2 kampung di sekitar loji Lynas , perbuatan Wong Tack (Worangg Tackde-Otack) ini mungkin bakal membahayakan kesihatan anda , kita tak tahu apa jenis tindak balas kimia yang akan berlaku ,sekiranya perbuatan ini diteruskan oleh si hipokrit ini. Jadi aku nasihatkan , korang bersedia lah apa2 yang patut .. maklum lah malang tak berbau , jangan disebabkan tindakan bodoh seorang , orang lain di sekeliling mati katak !



No comments:

Post a comment

Member BSK