Jumlah Pengunjung

Tuesday 5 February 2013

Pertubuhan BELIA Anda Akan Di Bubarkan !!!


Awas...  hati2 pada pertubuhan belia yg berlakon je mcm aktif tapi hampeh.. Aku dh lama perasan pertubuhan mcm gampang ni, buat busuk nama kerajaan je, di sebabkan org cilake mcm ni la membuatkan belia marah pada kerajaan. Kerajaan sudah sedaya upaya memberi yang terbaik untuk Belia malaysia, tapi di sebabkan segelintir yg gila kuasa ni la yg membuatkan nama pertubuhan tersebut BUSUK...  Aku puji pada BELIA 4B KUALA PARI (IPOH) mereka sentiasa aktif walaupon di pinggirkan oleh orang gila kuasa, mereka tetap bergerak walau dalam apa jua program, pengerusinya sentiasa mencari aktiviti yg sihat utk ahli dan sentiasa memikirkan bagaimana utk memajukan Belia di Kg Kuala Pari. Jadi AWAS kepada pertubuhan yg mcm gampang (tak pernah aktif) pertubuhan anda akan di bubarkan...

baca selanjutnya di bawah...


Sebanyak 80 peratus atau 3,796 daripada lebih 4,000 pertubuhan belia tunggal di negara ini berpotensi untuk digantung atau dibatalkan kerana tidak aktif, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, mereka yang tidak bernaung di bawah mana-mana pertubuhan belia yang lebih kukuh misalnya di bawah Majlis Belia Malaysia, turut gagal mengemukakan penyata tahunan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Menurutnya, kebanyakan pertubuhan itu berkemungkinan ditubuhkan kerana ingin mengikut trend tanpa matlamat tertentu atau berharap untuk mendapat peruntukan secara automatik.

"Sebab itu kita rasa persatuan belia ini mesti mengemaskinikan kaedah-kaedah mereka secara inovatif dan dalam masa yang sama mereka juga mesti mengembangkan bukan sahaja nama mereka tetapi penjenamaan nama mereka mesti dibesarkan dan dikemaskini tujuannya (penubuhan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, antara faktor yang menentukan kejayaan penubuhan sesuatu pertubuhan itu ialah pentadbiran, kepimpinan, wawasan, perancangan, pembahagian tugas, peruntukan kewangan, sokongan masyarakat dan semangat kesukarelawan.

Beliau menyerahkan cek bantuan pentadbiran bernilai RM10.1 juta kepada Pertubuhan Belia Kebangsaan, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah bagi tahun ini.

Daripada jumlah itu, enam badan beruniform yang bergabung dengan Majlis Belia Malaysia buat kali pertama mendapat peruntukan daripada kementerian dengan jumlah keseluruhan RM180,000.

Peruntukan diberikan supaya mereka dapat menjalankan aktiviti dengan lebih proaktif untuk membentuk belia Malaysia agar lebih berdaya saing.




No comments:

Post a Comment

Member BSK