Jumlah Pengunjung

Saturday 1 December 2012

SOKONGAN ANWAR IBRAHIM UNTUK ISRAEL TETAP TIDAK BERUBAH !!!


Malaysia hari ini memuji Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas pemberian status 'negara pemerhati bukan anggota' kepada Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata ia merupakan satu lagi langkah penting ke arah mencapai impian Palestin untuk memperoleh hak dalam penentuan nasib sendiri, hak kemerdekaan dan kedaulatan, hak untuk hidup dalam keadaan aman dan bermaruah. 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Anifah mengucapkan tahniah kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan rakyat Palestin dan berkata keputusan Perhimpunan Agung, PBB itu merupakan detik bersejarah bagi semua rakyat Palestin. 

Katanya, Kuala Lumpur akan terus menyokong dan berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka.

Anifah berkata Malaysia juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk memperbaharui komitmen dalam mencari penyelesaian secara aman dan berkekalan untuk Palestin.

Perhimpunan Agung PBB, pada Khamis meluluskan pengiktirafan 'de facto' negara berdaulat ke atas Palestin selepas Abbas menggesa badan dunia itu mengeluarkan 'sijil kelahiran' negaranya yang lama tertangguh. 

Sebanyak 138 negara undi menyokong; sembilan negara menentang, termasuk Amerika Syarikat dan Israel; 41 berkecuali. Tiga negara tidak mengambil bahagian dalam pengundian itu.

No comments:

Post a Comment

Member BSK