Sabotaj mengsabotaj dalam parti menjelang pilihanraya bukanlah sesuatu
yang asing bagi mana-mana parti politik pun.Selagi namanya politik dan
manusia,selagi itulah perkara begini wujud.Namun,walaupun ianya berlaku
dalam hampir semua parti politik di dunia,saya menjangkakan sabotaj
paling buruk dalam parti PKR menjelang PRU ini.Parti PKR adalah parti
sampah,iaitu parti yang dipenuhi ahli politik yang kotor lagi berkarat
dan bergelumang maksiat serta rasuah yang telah dibuang,terbuang atau
membuang diri dari UMNO.Bermula dari kepalanya,iaitu Anwar Ibrahim
sehinggalah yang menurutinya dibelakang termasuk yang baru saja
menyertainya seperti Kadir Sheikh Fadzir semuanya terkenal dengan ‘bau busuknya’.Pemilihan
parti PKR yang lepas sahaja sudah cukup untuk memperlihatkan kita
betapa kotornya parti ini sehinggakan habis berserakan kerusi meja
kerana bergaduh dan habis comot lantai dengan peluh malah ada juga yang
berdarah.Semua ini berlaku bukan kerana orang bawahan yang gila kuasa
tetapi kepimpinan atasan sendiri, yang sudah berkuasa dan menggunakan
kuasa itu untuk memastikan orang-orang pilihan mereka sahaja yang
terpilih ke jawatan tertinggi.Jika yang di bawah yang membuat onar
bolehlah diadili oleh jawatankuasa disiplin atau yang sewaktu dengannya
tetapi jika yang di atas sendiri yang bersifat korup, siapa pula yang
boleh memantau dan mengadili mereka sedangkan mereka sendiri yang
melantik jawatankuasa disiplin itu ???
Kerana itu,sampah-sampah ini mendapati diri mereka tidak sesuai berada
di dalam BN kerana BN sentiasa mencari jalan untuk membersihkan parti
dari unsur-unsur ini.Maka,PKR lah tempat mereka bergelumang sesama
sendiri.Justeru,kenyataan Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution
mengenai kemungkinan berlaku sabotaj dalam parti itu menjelang PRU
mungkin sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri dan kepimpinan atasan
parti itu.Beliau pastinya lebih mengenali siapa dirinya dan siapa
kawan-kawan dan pemimpinnya dan apa yang mereka mampu lakukan untuk
berkuasa.Konon PKR sudah bersedia dengan langkah pro-aktif untuk
menghadapi kemungkinan ini adalah satu kenyataan yang kelakar.Apa yang
pasti langkah pro-aktif yang bakal diambil hanyalah untuk memastikan
Anwar,keluarga dan inner-circlenya terus menguasai tempat tertinggi
parti dengan tiada kompromi.PKR adalah parti anak beranak dan sahabat
handai dan ia akan dipastikan akan terus kekal begitu oleh kepimpinan
tertinggi dengan apa jua cara termasuk mengsabotaj pilihan ahli-ahli
sendiri.Perkara ini juga berlaku di dalam DAP yang juga menghadapi
masalah yang sama pada konvensyen mereka hari ini.Dari desas desus yang
kedengaran,terdapat dua tiga atau lebih kem yang berebut jawatan dan
kawasan secara bersungguh-sungguh kerana percaya PRU ini adalah peluang
terbaik mereka untuk ke Putrajaya.
Bayangkan, Khalid, Azmin, Nurul Izzah, malah Wan Azizah sendiri
masing-masing punya cita-cita berasingan, untuk diri sendiri dan
bukannya parti.Dengan masing-masing punya pengikut yang sanggup berbuat
apa saja untuk memastikan pemimpin mereka duduk di singgahsana,PKR
mungkin terpaksa menghadapi perang PRU dalam keadaan tempang.Kenyataan
Fuziah Salleh,Naib Presiden PKR bahawa kekecewaan yang mungkin dirasai
oleh segelintir yang tidak terpilih adalah sementara hanyalah kenyataan
untuk memujuk diri sendiri sahaja.Hakikatnya,PKR dipenuhi dengan
manusia-manusia rakus yang tidak akan berdiam diri sekiranya kalah.Sifat
ini terpampang jelas dari personaliti Anwar Ibrahim sendiri,iaitu
manusia yang melahirkan parti itu.Sama ada PKR sedar atau tidak, ikon
mereka iaitu Anwar Ibrahim kini semakin hilang pengaruh di kalangan
parti sekutu,DAP dan PAS walaupun Anwar menumpukan sepenuh tenaga kepada
agen-agennya yang diserap ke dalam PAS sehinggakan mengabaikan PKR
sendiri.Kerakusan Anwar untuk menguatkan diri sendiri dan bukannya parti
membuatkan PKR berada dalam keadaan sepertimana hari ini iaitu,
berserabut dan kelam kabut.Kini,‘kesetiaan’ pada Anwar sudah
menjadi sesuatu yang objektif,apatah lagi kepada parti.Justeru,sabotaj
di dalam PKR adalah sesuatu yang pasti.Persoalan yang tinggal kini
hanyalah sama ada ia seburuk yang dijangka atau tidak.Apapun,ia tetap
akan menjejaskan lagi kedudukan parti itu di dalam PR sekali gus
melemahkan PR dalam menghadapi PRU.
sumber DARI SINI...
No comments:
Post a Comment