Seorang
pegawai polis wanita dengan beraninya bersuara lantang dan menulis di
Facebook miliknya mendakwa dirinya diugut pihak atasan PDRM kerana
menyokong Pakatan Rakyat.
Norhashimah
Mohammad, seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia berumur 30 tahun dan
bertugas sebagai pegawai polis meluahkan segalanya di Facebook dengan
berani. Ini kerana beliau sedar dan tahu undang undang. Bedasarkan
artikel 10 yang mengungkai bahawa rakyat Malaysia bebas memilih dan
menyokong mana-mana parti politik yang mereka pilih.
Dakwa Norhashimah lagi, di atas tindakannya itu, dia akan ditukarkan ke Sarawak pada Januari 2013.
Sebagai
seorang kakitangan awam, tidak seharusnya terbawa-bawa pendirian
politik masing-masing ke tempat kerja lebih-lebih lagi sebagai seorang
pegawai polis dalam kumpulan profesional. Tidak dinafikan hak mengundi
dan memilih parti adalah hak seseorang individu tetapi ini tidak
bermaksud seseorang pegawai kerajaan itu boleh bersikap pro pembangkang
ketika bertugas di premis kerajaan.
Seharusnya
Norhashimah bersikap profesional dan menunjukkan komitmen mengikut
dasar-dasar kerajaan dibawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada iaitu
dibawah Barisan Nasional.
Norhashimah sedar, faham akan dasar-dasar itu semua dan pernah mengangkat sumpah ketika menginjak kakinya ke alam perkhidmatan awam. Jika tidak, sudah lama dia menolak tawaran kerja bersama PDRM kerana tidak setuju dengan dasar-dasar kerajaan.
Norhashimah sedar, faham akan dasar-dasar itu semua dan pernah mengangkat sumpah ketika menginjak kakinya ke alam perkhidmatan awam. Jika tidak, sudah lama dia menolak tawaran kerja bersama PDRM kerana tidak setuju dengan dasar-dasar kerajaan.
Adanya
parasit seperti ini dalam perkhidmatan awam hanya melemahkan segala
gerak kerja PDRM. Jika Norhashimah teringin sangat berpolitik, letaklah
jawatan dan sertailah pembangkang yang kerjanya berceramah 24 jam
memfitnah kerajaan Barisan Nasional.
sumber DARI SINI...
No comments:
Post a Comment