22 tahun Kerajaan PAS Kelantan
menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang sejak 1990, antara projek pembangunan
yang agak dekat di ingatan tapi jauh dari hati rakyat ialah skandal
penyelewengan tanah Ladang Rakyat di Selatan Kelantan.
Semasa ura-ura Ladang Rakyat mahu
diwujudkan oleh Kerajaan PAS Kelantan, pemimpin PAS negeri mmenyebarkan cerita
propaganda konon dengan pembukaan ladang itu nasib rakyat di kawasan Selatan
Kelantan terutama sekali Gua Musang dan Kuala Krai akan terbela, jauh lebih
baik berbanding peneroka FELDA.
Rakyat di gula-gulakan dengan janji
manis akan memperolehi tanah yang luas terbentang setiap orang, sebuah rumah,
peluang pekerjaan di ladang serta mendapat faedah keuntungan dividen RM200.00
setiap bulan.
Selama bertahun-tahun kemudiannya
apa manfaat dan faedah yang rakyat khususnya peserta Ladang Rakyat dapat rasai?
Mereka cuma dapat RM200.00 dividen sebulan sahaja.
Lain-lain janji bulan bintang yang
ditaburi hanya kelihatan dalam gambaran fikiran sahaja. Tiada hak milik tanah
kecuali untuk segelintir kroni parti dan pemimpin PAS Kelantan, tiada rumah
dibina untuk mereka hatta peluang bekerja di Ladang Rakyat pun hanya terhad
untuk 282 orang sahaja.
Tapi disebalik semua itu, diam tak
diam, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berpeluang pula memiliti
lot-lot tanah di kawasan Ladang Rakyat, diikuti dengan isterinya yang turut
memiliki tanah di kawasan tersebut.
Tanpa perlu meneroka tanpa setitik
peluh jatuh ke bumi, kini Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000
pada 20 Disember 2000 menjadi milik Nik Aziz.
Tiga tahun sebelumnya nama Nik Aziz
sudah terpahat pada geran hak milik tanah di Lot No.31 dari kawasan Lojing yang
bernilai RM35,000. Manakala isterinya turut memiliki tanah di Lot No. 29 juga
di Lojing.
Itu belum lagi dikira pemilikan
tanah melibatkan berpuluh-puluh pemimpin dan wakil rakyat PAS, rata-ratanya
mendapat tanah secara percuma dan jika perlu dibayar pun cukup sekadar
melangsaikan bayaran premium yang jumlahnya hanya beberapa ringgit sahaja.
Sudahlah keuntungan dari penebangan
kayu balak yang beribu-ribu tan langsung tak dinikmati rakyat, nak merasa
nikmat royalti balak pun jauh panggang dari api, kini angan-angan nak memiliki
sebidang tanah pun tak kesampaian.
Jauh benar bezanya dengan nikmat
para peneroka FELDA yang berpeluang memiliki tanah berekar-ekar luasnya, rumah
dan pelbagai keistimewaan lain termasuklah mendapat durian runtuh RM15,000.00
untuk setiap keluarga, namun peserta Ladang Rakyat pula hanya berputih mata
sahaja.
Peserta Ladang Rakyat tak pun
berubah kehidupan mereka waima nak jadi kaya pun tak tercapai dek akal,
sebaliknya Nik Aziz dan kroninya yang sudah 22 tahun menongkat langit pula yang
kaya raya hasil mentekedarah tanah di Ladang Rakyat.
SUMBER CERITA GUA AMBIK DARI SINI...
SUMBER CERITA GUA AMBIK DARI SINI...
No comments:
Post a Comment