Jumlah Pengunjung

Wednesday 5 December 2012

NIK AZIZ RESTU AHLI PAS GUNA SIMBOL KRISTIAN !!!



Tuntutan Royalti Minyak Kelantan Mengguna Simbol Kristian ‘Cross Finger’`


Di dalam Islam kita sangat dilarang meniru perbuatan yang dibuat oleh agama lain. M
eskipun di dalam bab lain kita tidak ditegah jika memakai pakaian yang sama dengan bukan Islam. Asalkan sahaja ia tidak menyerupai pakaian keagamaan mereka.
Dalil melarang perkara ini ialah hadis ”Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka”
Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.
Termasuk di dalam hal ini ialah meniru perbuatan atau simbol agama selain Islam. Menggunakan simbol agama lain boleh merosakkan akidah umat Islam.
Ustaz sangat kecewa apabila melihat parti politik yang ghairah meraih sokongan orang awam menggunakan simbol agama bukan Islam.
Perasaan kecewa ini lebih dirasai apabila tokoh yang bergelar Mursyidul Am PAS sendiri menggunakan simbol agama lain.
Maka tidak pelik lagi apabila akhir zaman Dajal sebelum Dajal itu ialah golongan ulama yang jahat. Kerana itu kita diajar doa berlindung dari Dajjal

Golongan ini tidak kisahkan syariat tetapi mementingkan dunia dan kuasa dapat diraih oleh golongan parti mereka.
Umat Islam perlu sedar hakikat ini dan menggunakan akal yang waras untuk menghindar diri dari perbuatan yang merosakkan akidah mereka tanpa sedar.
Musuh Islam hari ini tidak menggunakan kekerasan memurtadkan umat Islam namun menjadikan aktiviti politik parti Islam menjurus ke arah perkara yang mungkar dan boleh meroskakkan akidah umat Islam. Selepas kalimah Allah juga digadaikan demi keuntungan politik. #1MalaysiaTolakFitnah ~NRA~

No comments:

Post a Comment

Member BSK