Royalti minyak dan gas 20 peratus yang cuba dihidangkan adalah tipu helah pembangkang untuk menarik undi rakyat dengan memfitnah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, berkata pemimpin dan ahli UMNO tidak boleh menunggu rakyat datang mengadu masalah, sebaliknya harus mendampingi penduduk untuk mendengar masalah mereka.
Dampingi masyarakat
“Kita tak boleh sekadar menjadi ahli biasa. Kita harus menjadi aktivis. Dalam beberapa minggu yang masih ada sebelum PRU-13, kita mesti mencari orang di kawasan kita untuk mendengar masalah mereka.
“Kita pastikan masalah mereka diatasi. Jangan lagi sekadar menunggu orang datang mencari kita,” katanya mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang antara lain mengingatkan perwakilan supaya segera mematahkan serangan pembangkang, semalam.
Tawfiq yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah berkata, pembangkang terutama dari Semenanjung memainkan isu royalti petroleum manakala pemimpin pembangkang tempatan meniupkan slogan ‘Sabah Untuk Rakyat Sabah.’
Beliau berkata, UMNO dan BN yakin merampas semula kerusi Parlimen Tawau daripada Parti Maju Sabah (SAPP) pada PRU-13 berikutan kebosanan rakyat terhadap Ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui yang gagal mengatasi masalah rakyat selepas keluar daripada BN pada September 2008.
Chua memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya umum Mac 2008 atas tiket BN tetapi terpaksa menuruti langkah Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee membawa SAPP keluar dari BN Sabah.
No comments:
Post a Comment