Ucapan bersemangat Presiden UMNO dapat perhatian perwakilan asing
Kuala Lumpur: Aura dan semangat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan dasar di hadapan perwakilan turut dirasai pemerhati luar negara, semalam.
Saya menghargai kesudian UMNO menjemput wakil kami menyertai perhimpunan besar sebegini dan sangat berbangga dengan kejayaan negara Islam seperti Malaysia," Malahat Ibrahimgizi, Wakil Kerajaan Azerbaijan
“Ucapan berkenaan menyentuh semua lapisan masyarakat dan mempunyai perspektif yang luas, dalam masa sama, beliau (Najib) tidak lupa mengingatkan generasi muda mengenai jasa pemimpin terdahulu.
“Dalam ucapan dasarnya Najib turut menggambarkan bagaimana beliau sentiasa berusaha untuk rakyat malah disayangi rakyat,” katanya ketika ditemui selepas mendengar ucapan dasar Presiden, semalam.
Wakil Kerajaan Azerbaijan, Malahat Ibrahimgizi, pula berkata perhimpunan kali ini amat teratur dan bersifat progresif.
“Saya menghargai kesudian UMNO menjemput wakil kami menyertai perhimpunan besar sebegini dan sangat berbangga dengan kejayaan negara Islam seperti Malaysia.
Negara Islam contoh
“Kami berbangga ada negara Islam seperti Malaysia bergerak maju dan berdoa yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) dan Malaysia,” katanya.
Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh pula menyifatkan Malaysia adalah contoh terbaik bagi negara Islam yang mengamalkan konsep demokrasi.
“Malaysia mengamalkan model demokrasi yang unik dan diamalkan dengan baik di kalangan pelbagai etnik juga agama,” katanya.
Ucapan bermaklumat
Wakil Parti Kongres Nasional Sudan, Ahmed Abdul berkata, ucapan Najib sangat berinformasi dan penuh dengan maklumat berkaitan dengan pembangunan dijalankan di bawah kerajaan BN.
“Kami berharap dapat mempelajari bagaimana mereka menjaga dan memerintah selama 55 tahun hingga menjadi negara yang sedang pesat membangun,” katanya.
Sementara itu, Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan, berkata beliau percaya UMNO akan melaksanakan lebih banyak agenda yang memberi kesejahteraan kepada rakyat.
“Kita harapkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan berdasarkan pengorbanan serta sejarah UMNO menerajui negara ini, saya percaya UMNO akan melakukan lebih lagi untuk rakyatnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment