Jumlah Pengunjung

Saturday 1 December 2012

KONTROVERSI KERAJAAN PAKATAN SELANGOR !!!



Sepanjang empat tahun lapan bulan memerintah, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor lebih banyak mencetuskan kontroversi berbanding menjaga kepentingan rakyat.
Sehubungan itu, wakil UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus (gambar) menggesa ahli-ahli parti itu memberikan tumpuan dalam segenap segi bagi membuat perubahan untuk mensejahterakan rakyat di negeri berkenaan.
"Saya terpanggil untuk menceritakan rakusnya mereka menjual harta-harta dan khazanah negeri Selangor terutama yang telah kita (kerajaan Barisan Nasional) bina selama ini untuk kita wariskan pada anak cucu dan generasi masa depan.
"Antara perkara yang telah mereka lakukan di bumi Selangor itu adalah penjualan aset-aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang bernilai RM270 juta, isu sampah yang semakin kritikal dan terbaru cadangan menjual saham PKNS kepada Worldwide,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK