Jumlah Pengunjung

Monday 3 December 2012

PM LANCAR BRIGED OKU PEMUDA UMNO !!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Briged Orang Kurang Upaya (OKU) Pemuda UMNO yang bertujuan mempermudah bantuan terhadap golongan itu.
Pada majlis yang diadakan di luar Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, Najib yang juga Presiden UMNO turut menerima borang keanggotaan untuk briged itu.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Pemuda UMNO Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata Briged OKU ditubuhkan oleh biro itu setelah menerima banyak aduan daripada golongan OKU mengenai masalah yang mereka hadapi.
"Kami sepakat untuk menubuhkan briged itu setelah mengadakan perbincangan dengan lebih 500 belia OKU sejak enam bulan lalu.
"Buat permulaan, seramai 120 belia OKU penglihatan menjadi anggota briged itu dan biro itu mensasarkan lebih 500 OKU, termasuk yang cacat fizikal, akan menyertai briged ini," katanya selepas pelancaran briged berkenaan.
Beliau berkata Briged OKU itu akan menjadi pemudahcara dalam memperjuang isu berkaitan OKU seperti perumahan, pekerjaan dan latihan.
"Kami juga berharap ia akan menjadi titik transformasi OKU dalam menjana keupayaan sebenar mereka, terutama dalam menyumbang tenaga ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," katanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK