TAK habis-habis
cerita pasal pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.
Pasangan yang berkahwin pada 3 November lalu itu membuatkan ramai
pembaca Diva mengangkat kening selepas Diana membocorkan rahsia di laman
Instagram bahawa dia hamil dua minggu hanya selepas 16 hari berkongsi
katil. Diva tak tau nak kata apa, bersangka baik sahaja. Ini pula kisah
terbaharu yang Diva dapat sumber terdekat.
Dengarnya,
orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah
atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. Kali ini bukan sahaja
Diana yang pening, Farid pun boleh jadi loya.
Kata sumber
Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama
dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan
penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Diva
pun pucat bila dapat tahu mereka nak heret Farid atas Akta Kesalahan
Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.
Sumber Diva
bagi tahu, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar
Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang
tersisip di dada sasa Farid Kamil.
Itulah Farid Kamil, awak jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau.
No comments:
Post a Comment