Ketika
menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dinaikkan pangkat
sebagai universiti, hasil perjuangan UMNO, saya gemar memakai sehelai
kemeja T yang tertulis perkataan `I’m Not Perfect But Part Of Me Are
Excellent’.
Walaupun
berasal dari kampung, dan bersekolah kebangsaan, saya faham benar
dengan makna tulisan itu. Semuanya hasil didikan keluarga yang saya
anggap `excellent’ ketika itu sehingga berjaya membawa saya ke sekolah
berasrama penuh dan seterusnya ke ITM.
Setiap
kali memakainya, pasti akan ada rakan-rakan akan bertanya, `part mana
yang excellent’ tetapi saya hanya menjawab, ada lah.
Walaupun
setelah lebih 25 tahun meninggalkan ITM, saya tidak pernah lupa tulisan
pada kemeja T kegemaran saya itu. Sejak kebelakangan ini, ingatan saya
terhadap tulisan itu bertambah kuat sehingga kadang-kadang terbawa-bawa
di dalam tidur.
Apa
tidaknya, sejak kebelakangan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak sering mengungkap sebahagian perkataan yang tertera pada kemeja T
saya itu.
Malah,
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir pun selalu
mengungkap kata-kata itu di dalam ucapannya dan juga ketika bertemu
media.
`UMNO / BN bukanlah sempurna’ itulah ungkapan yang hampir sama dengan tulisan pada kemeja T yang saya pakai lebih 25 tahun lalu.
Memang,
tidak ada manusia dan tidak ada pihak yang boleh mendakwa mereka
sempurna, pasti ada kelemahan dan sebagai umat Islam, saya penuh yakin,
tanpa ragu-ragu bahawa hanya Allah sahaja yang sempurna.
Pengakuan
merendah diri Perdana Menteri, Menteri Besar Perak serta
pemimpin-pemimpin UMNO bahawa parti itu bukanlah sempurna dan kesediaan
mereka mengaku kelemahan dan kesilapan sangat terpuji.
Kesediaan
Najib meminta maaf secara terbuka ketika Perhimpunan Agung UMNO
baru-baru ini rasanya belum pernah diluahkan oleh mana-mana pemimpin
besar sebelum ini, baik dari parti pemerintah, apa lagi daripada parti
pembangkang.
Komitmen
untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan membuktikan
kesiap-siagaan UMNO / BN untuk menjadi lebih baik, untuk memberi khidmat
yang lebih baik kepada rakyat dan menjanjikan masa depan yang lebih
cemerlang, walaupun bukan masa depan yang `perfect’, untuk generasi akan
datang.
Rakyat
kini boleh menilai, sejak 66 tahun lalu, UMNO telah berjuang, bukan
sahaja untuk orang Melayu tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia – untuk
Cina, India dan semuanya. Setiap kali berjanji, pasti ditepati, setiap
manifesto adalah janji, bukan hanya omong kosong, bukan gula-gula untuk
meraih sokongan setiap kali tiba musim pilihanraya.
Walaupun
`UMNO / BN Are Not Pperfect’, tetapi rakyat Malaysia, atau dulunya
Tanah Melayu dan Malaya, sudah lama tahu bahawa `Part Of UMNO / BN Are
Excellent’.
sumber dari SINI...
No comments:
Post a Comment