Jumlah Pengunjung

Thursday, 14 March 2013

ALLAH Bayar CASH Pada PAS, PKR & DAP !!!




Beberapa minggu lalu, negara dikejutkan dengan ancaman kumpulan yang merujuk kepada diri mereka sebagai tentera Sulu yang bertindak menuntut ‘bahagian’ yang dikatakan milik mereka, di bumi Sabah. 

Pencerobohan yang disangka kecil-kecilan ini kemudian ternyata lebih ‘complicated’ dari yang dijangka. Risikan pihak Filipina sendiri telah mendedahkan penglibatan pembangkang, khususnya Anwar Ibrahim dalam pencerobohan tersebut. 

Dalam sekelip mata, apa yang dirujuk sebagai ‘krisis sukar’ ini menjadi satu ‘insiden keganasan yang besar’, malah berpotensi untuk berlarutan menjadi ancaman gerila. Malah, apa yang dikatakan ‘tentera Sulu’ itu turut diragui kerana terdapat bukti jelas penglibatan MNLF yang mempunyai hubungan akrab dengan Anwar. 

Rakyat Malaysia yang telah terlalu manja dibuai keamanan, bagaikan terpaku melihat seorang demi seorang anggota keselamatan kita diusung pulang. Bagaikan tidak percaya melihat kekejaman pengganas yang selama ini hanya didengari berlaku di negara orang. 

Walaupun begitu, kesedihan kita nampaknya tidak dikongsi oleh pihak pembangkang. Tian Chua, Naib Presiden PKR secara langsung menghina wira-wira negara yang terkorban dengan menyifatkan keseluruhan insiden sebagai sandiwara UMNO. 

Bertitik-tolak dari itu, anak-anak muda yang kosong jiwanya yang menjadi penyokong pembangkang juga turut ‘galak’ menghina dan memperlekehkan mereka yang terkorban. Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala membaca komen-komen mereka di laman sosial yang menyifatkan wira kita sebagai ‘mati katak’ dan menghamburkan berbagai-bagai kata-kata kesat. 

Seolah-olah dirasuk, nyawa manusia dan kedaulatan negara tidak lagi membawa apa-apa erti kepada mereka. Mungkin kerana mereka benar-benar percaya kepada Tian Chua bahawa ini semua sandiwara UMNO. 

Namun, untuk menyatakan mereka percaya kepada Tian Chua tidak patut juga memandangkan Tok Guru Nik Aziz ada mengutuskan takziah, dan turut menghormati wira-wira yang gugur. Jelas, Nik Aziz atau PAS tidak menganggap ianya sandiwara. 

Bagaimanapun tiada kenyataan mengecam pengganas Sulu yang dikeluarkan oleh PAS melainkan kritikan terhadap pasukan keselamatan negara. Baru sehari dua lepas, DAP pula menggesa kerajaan untuk mengecam keganasan Sulu, walaupun di awal insiden, DAPlah yang begitu teruja ingin melihat pertumpahan darah dan memperlekeh pihak keselamatan kita sebagai lembab. 

Nampaknya, DAP juga tidak menganggapnya sandiwara. Di kala DAP mendesak kerajaan mengecam pengganas Sulu, PKR pula tidak henti-henti mengecam pihak keselamatan, pertahanan dan kerajaan Malaysia. Langsung parti ini tidak ‘menjentik’ pihak Sulu. 

Walau apapun, tampak jelas dari kenyataan rasmi Anwar bahawa PKR juga tidak menganggapnya sandiwara. Walaupun kenyataan ketiga-tiga parti seolah-oleh menunjukkan mereka tidak menganggap insiden Lahad Datu sebagai sandiwara, tetapi tidak seorang pun dari mereka menempelak Tian Chua! 

Sikap dan tindakan mereka ini menjadikan penyokong-penyokong mereka terus bingung dan keliru. Justeru, kebanyakan penyokong mereka memilih untuk berpegang kepada kata-kata Tian Chua iaitu semuanya hanya sandiwara. 

Oleh itu, sehingga ke hari ini, kita masih lagi dapat melihat ramai dari penyokong PAS atau PKR yang beragama Islam terus menerus mengutuk dan mencerca jenazah wira-wira negara. Apa yang berlaku ini adalah kerana tiadanya pendirian bersepadu dan kenyataan tegas di dalam PR mengenai isu Lahad Datu. 

Selagi tiada kenyataan dan kecaman rasmi dari PR mengenai keganasan puak Sulu, dan selagi Tian Chua tidak diambil tindakan oleh kepimpinan PKR dan PR, selagi itulah penyokong pembangkang akan keliru, sesat dan buntu, merapu-rapu mengutuk wira-wira yang pergi. Dan selagi itulah penyokong mereka akan menjadi manusia tidak patriotik dan tidak punya peri-kemanusiaan.


(SUMBER)

No comments:

Post a Comment

Member BSK