Jumlah Pengunjung

Tuesday, 12 March 2013

AuuWw...!!!!

alt


Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim tidak akan melakukan sumpah mubahalah bagi memperkukuhkan dakwaan beliau yang mendakwa kes Liwat II membabitkan anaknya itu sebagai konspirasi UMNO.

Menurutnya ia (sumpah) tidak relevan dan membiarkan mahkamah menentukan setiap perkara yang melibatkan persoalan benar atau salah.

"Ini soal sumpah-sumpah, kita tengok sejarah dalam Malaysia sudah banyak orang melakukannya."

"Saya tidak akan bersumpah."



Azlan berkata demikian dalam sidang media penyerahan borang keahlian menjadi ahli Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi di Ibupejabat parti itu di sini hari ini.

Borang berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Turut hadir, Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan MP Shah Alam Khalid Samad.

Sebelum ini, Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dirinya diliwat oleh majikan beliau.

Bagaimanapun tertuduh (Anwar Ibrahim) dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Januari tahun lalu selepas didapati tidak bersalah.




No comments:

Post a Comment

Member BSK