Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai hilang pedoman selepas terhimpit dengan beberapa isu, termasuk kalimah Allah.
Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Ilmuan Kelantan (ICIK), Dr. Mohd. Zawawi Awang berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz sejak kebelakangan ini tidak mencerminkan beliau sebagai seorang 'tok guru' atau ulama.
"Selain mencemarkan imej Pas sebagai parti Islam, kenyataan buruk Nik Abdul Aziz itu bertentangan dengan hadis nabi yang melarang seseorang muslim menggelar muslim lain dengan perkataan kafir dan fasik.
"Malah, tindakannya yang mempertahankan kerjasama dengan DAP itupun jelas haram di sisi Islam sebab DAP itu tergolong dalam kategori kafir harbi, kafir yang menentang Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment