Jumlah Pengunjung

Thursday 21 March 2013

NAK TEGAKKAN NEGARA ISLAM KEPALA BAPAK HANG !!!



Gambar menunjukkan Radhi Zainon bersama kaum cina membantah pembinaan sekolah Agama Rakyat

Kalau ikut kenyataan dari surat khabar cina ini Sekolah Agama rakyat tidak sepatutnya dibuat di Taman Pegoh Aman kerana mendapat tentangan hebat bukan sahaja daripada masyarakat cina tetapi daripada pemimpin Pas sendiri.

Blog pecacai PasDAP hari telah mempromosikan saudara Radhi Zainon sebagai calon Pas yang akan bertanding di kerusi Dun Sungai Rapat.

Secara faktanya Radhi Zainon ini adalah orang Kedah yang berkahwin dengan orang Terengganu dan kini menetap di Simpang Pulai.

Ini bermakna beliau sudahlah memegang kad pengenalan 02 tinggal pula di kawasan Dun Simpang Pulai, apa yang dia tahu tentang masalah penduduk Dun Sungai Rapat.

Itu satu bab, satu bab lagi beliau mempunyai rekod yang paling buruk iaitu apabila menyertai perhimpunan haram bersama Ahli Parlimen cina Gopeng Lee Boon Chye bersama beberapa penduduk Cina telah membantah sekeras-kerasnya pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh Aman.

Sebagai seorang Islam beliau sepatutnya tahu waima apa masalah pun Intitusi Islam wajib ditegakkan kerana itu adalah jihad tetapi demi undi beliau memilih membantah dan menyokong sekumpulan penduduk cina bagi menghentikan pembinaan Sekolah Agama Rakyat di taman Pegoh Aman.

Beliau pun sendiri tahu anak-anak umat islam di sekitar Taman Pegoh Aman seperti taman Desa Aman, Kampung Pengkalan Pegoh terlalu sukar untuk menghantar anak-anak ke sekolah Agama. Beliau juga tahu anak-anak umat Islam berhimpit-himpit dalam dewan yang terlalu kecil yang langsung tidak sesuai untuk dijadikan sebagai Sekolah Agama tetapi beliau mengambila pendirian pergi jahanamlah janji undi aku daripada kaum cina masukkkkkkk.

Nasib baik YB Dato Hamidah mempunyai cara tersendiri sehingga berjaya membangunkan bangunan Sekolah Agama Rakyat walaupun dibantah dan dikeji oleh segelintir penyokong Pas. tetapi ingat bukan semua yang menyokong Radhi Zainon dalam membantah pembinaan Sekolah Agama masih ada pemimpin Pas sendiri yang sudah tidak tahan lalu mengambil keputusan menyertai UMNO bersama 30 pemuda Pas.

En Mohammad Saji adalah antara 30 penyokong Pas yang menyertai Umno pada 20 Feb 2013 yang lalau. En Mohammad Saji merupakan Ketua Cawangan Pas Kampung Pengkalan Gate dan dengan menyertai Umno maka cawangan Pas Kampung Pengkalan Gate kini lumpuh.



Menurut Mohammad Saji selepas beliau dan 30 penyokongnya mengisytiharkan mereka keluar daripada parti Pas kerana Pas telah menjadi balaci kepada cina DAP dengan mengikut kehendak dan telunjuk mereka sehinggakan Kalimah Allah pun kita gadaikan.

Menurut Mohammad Saji, “Pemimpin tidak maksum dan pengikut tidak bodoh”. Kalau kita memahami ini dan mengamalkannya, sudah pasti corak kepimpinan kita akan mendampingi cara Rasulullah (SAW). 

Rasulullah sendiri bersedia mendengar teguran dan pandangan sahabat walaupun Baginda maksum. Baginda menghargai pandangan sahabat kerana mereka tidak dilihat bodoh oleh baginda malahan dalam banyak hal baginda mencari para sahabat untuk mendengar pandangan mereka tetapi lain dengan pemimpin Pas yang bodoh sombong langsung tidak mahu mendengar nasihat dan teguran orang lain.



Lain pula cerita mengenai seorang lagi pemimpin tempatan Haji Kamaruddin yang memegang jawatan sebagai pengerusi Tetap Pas cawangan Pengkalan Gate lebih 10 tahun yang lalu.

Haji kamaruddin sanggup keluar pas kerana tidak tahan melihat Radhi Zainon sebagai Tmbalan YDP Pas Gopeng sanggup bersama kaum cina membantah pembinaan Sekolah Agama

Jadi sebagai masyarakat yang celik jangan kita terpengaruh dengan pakaian sahaja kerana bukan pakaian yang menjadi penentu keikhlasan kita.

Ingat!!!Jika anda mengundi Pas seolah-olah anda juga mengundi DAP



No comments:

Post a Comment

Member BSK