Jumlah Pengunjung

Sunday, 17 March 2013

NURUL IZZAH SERLAHKAN KEBODOHAN DIRI SENDIRI !!!




Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dinasihatkan tidak lagi mengulas sebarang isu membabitkan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah bagi menggelakkan ‘kebodohannya’ terserlah di mata rakyat.

Dalam masa sama, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip secara sinis meminta agar Nurul Izzah belajar lebih banyak ilmu daripada bapanya supaya lebih banyak isu boleh diputar-belitkan.

“Kalau baca buku pun terbalik tidak usahlah ada hati hendak bercakap pasal isu pasukan keselamatan.

“Lebih baik diam sahaja supaya rakyat tidak nampak kebodohannya sebagai Naib Presiden PKR," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam ceramahnya di Lucky Garden, Bangsar pada 16 Februari lalu yang seolah-olah keliru mengenai fungsi Pasukan Polis Hutan (PPH) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta kaitannya dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu.

Muhammad Zahid turut mempersoalkan kewibawaan PKR kerana mempunyai pemimpin tidak berilmu tetapi cukup semangat berpolitik.
“Perkara sekecil itu pun tidak tahu tetapi masih ada hati untuk mentadbir negara. Bagaimanakah nasib Malaysia kalau PKR diberi mandat mentadbir Malaysia? Saya sangat berharap rakyat jujur membuat penilaian," katanya.

Sementera itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong pula menyifatkan kenyataan Nurul Izzah itu sebagai individu yang ‘mabuk berpolitik’.

“Saya hairan sungguh dengan Nurul Izzah dan PKR kerana dalam keadaan keselamatan Malaysia diancam, kematian para perajurit negara, mereka ini masih ada masa untuk berpolitik.

“Sikap dan perbuatan mereka ini seolah-olah mempertahankan pengganas, ditambah pula dengan tindakan Tian Chua (Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Batu) yang cukup menjelikkan.

“Mereka tidak pernah memikirkan hati dan perasaan keluarga perajurit yang meninggal dunia. Tindak-tanduk mereka seolah-olah anggota yang meninggal dunia diibaratkan mati katak sahaja," ujarnya.

Pemimpin pembangkang kata beliau, tidak layak mempersoalkan tindakan kerajaan seandainya semua perkara yang berlaku dipolitikkan.







No comments:

Post a Comment

Member BSK