Jumlah Pengunjung

Saturday, 2 March 2013

Pengakuan Askar Lihat Kejadian Anwar Meliwat !!!



Semua tentera dan bekas tentera diminta berhati-hati dengan kelentong Anwar Ibrahim yang menjanjikan bermacam-macam janji manis. Semua tentera dan bekas tentera wajar mendengar ceramah Zulkili Nordin, Zahid Md Arif bagi mengetahui perangai sebenar Anwar Ibrahim kerana mereka paling lama bersama Anwar Ibrahim dan tahu segala permainan kotor Anwar.


Di Lukut semalam Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terus menabur janji kepada para penyokongnya termasuk mempergunakan bekas pegawai tentera bagi menarik undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut beliau, tiga bekas pegawai tinggi tentera itu kononnya mempunyai kuasa untuk memastikan tidak berlaku huru-hara jika peralihan kuasa berlaku pada pilihan raya kali ini.

Anwar mendakwa, ketiga-tiga individu terbabit itu telah memberi jaminan kepada beliau untuk memastikan keamanan dan ketenteraman awam terkawal.

"Saya perkenalkan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid sebagai orang yang diberi tanggung jawab itu.

"Mereka akan memastikan keselamatan semasa proses pertukaran kerajaan dibuat," katanya pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Lukut, malam tadi.

Orang ramai yang hadir merupakan mereka yang telah membeli meja dengan bayaran RM50 bagi setiap kerusi dan RM500 satu meja untuk menikmati jamuan makan dan mendengar ceramah
politik.

Sepanjang ceramah selama 40 minit itu, Ketua Umum PKR itu seperti biasa menyerang segala usaha yang dilakukan kerajaan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) manakala bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menjadi modal ceramah beliau.

Beliau langsung tidak menyentuh masalah moral yang dihadapi olehnya dan timbalannya Azmin Ali.

Majoriti pendengar ceramah Anwar di Lukut adalah kaum cina yang mengundi cina DAP.

(SUMBER)


No comments:

Post a Comment

Member BSK