Jumlah Pengunjung

Saturday, 16 March 2013

PESANAN TERAKHIR P.BALASUBRAMANIAM BUAT ANWAR IBRAHIM MENGAMUK !!!




Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam sempat bercakap buat kali terakhir dengan Utusan Malaysia semalam, sebelum meninggal dunia hari ini.
Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Sebelum itu, dia dikatakan mengalami sesak nafas ketika sedang makan di sebuah restoran berdekatan rumahnya di Rawang, Selangor.
Dalam wawancara itu, beliau meluahkan berasa 'sangat letih' menjadi alat politik pihak tertentu dan ingin berehat bersama keluarganya.

Menurutnya, sejak terjebak dalam kontroversi politik beliau seolah-olah hidup seperti pelarian di negara sendiri selain melalui penderitaan yang panjang beberapa tahun kebelakangan ini.

Tambahnya, beliau juga sudah tidak berminat berceramah kerana faktor kesihatannya yang tidak lagi mengizinkan.

"Lagipun saya bukan orang politik, saya tidak minat berpolitik.

"Keluarga saya juga turut menjadi mangsa, kini tumpuan saya hanya untuk kesihatan dan keluarga saya. Itu lebih penting, cukuplah (berpolitik)," katanya.

Balasubramaniam sebelum ini juga pernah menafikan disihir seperti didakwa portal propembangkang, KeadilanDaily.com.

"Mengarut sahaja perkara itu, saya kuat meditasi. Saya rasa ini mengarut," katanya.


No comments:

Post a Comment

Member BSK