Jumlah Pengunjung

Thursday, 14 March 2013

TERKINI... SEKUMPULAN TENTERA KITA HAMPIR DI BUNUH LAGI !!!




Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.

Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki pengganas Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.

“Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan mereka sebagai bukti dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka akan tanam mayat rakan dan menunggu kehadiran pasukan kita untuk melakukan serang hendap.

“Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah mereka yang bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang saja, tapi mereka lengkap bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota keselamatan kita,” katanya.

Menurutnya, maklumat diperoleh juga menunjukkan saki-baki pengganas terbabit tidak melakukan serang hendap itu serta-merta sebaik saja anggota pasukan keselamatan menghampiri kubur.

"Sebaliknya, mereka akan mengambil masa secukupnya supaya kita yakin keadaan selamat. Jika kita terleka, pada waktu itulah mereka akan melepaskan tembakan sebelum melarikan diri apabila kita menyerang balas," katanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, biar apapun taktik digunakan saki baki pengganas Sulu, pasukan keselamatan melalui Ops Daulat yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.

"Disebabkan itu jugalah pasukan keselamatan kita sentiasa berhati-hati dalam usaha mengeluarkan mayat pengganas. Ini kerana apa yang lebih penting ialah nyawa anggota kita," katanya.

Dalam satu kejadian di Kampung Tanduo pada 6 Mac lalu, sepasukan anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) diserang hendap ketika ditugaskan untuk mengeluarkan sembilan mayat pengganas yang ditemui dalam satu lubang besar, namun tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Semua mayat pengganas itu dipercayai ditanam rakan mereka selepas mati ditembak pasukan keselamatan negara ketika bertempur pada 1 Mac dan dipercayai jumlah musuh yang terbunuh dalam pertempuran itu keseluruhannya 15 orang.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam sidang media semalam berkata jumlah kematian pengganas setakat ini 58 orang namun jumlah mayat yang sudah dibawa keluar adalah 25.

Kelmarin, beliau memberitahu ada lagi kubur pengganas di Kampung Tanduo, namun bukan semua mayat akan dikeluarkan kerana ada yang sudah reput dan pihaknya turut mengeluarkan satu mayat pengganas di Kampung Tanjung Batu.

Sebelum ini, Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan berkata bedah siasat perlu dilakukan ke atas mayat pengganas Suluk, untuk membolehkan pihak berkuasa mengenali identiti mereka terutama dalam menjejak pemimpin utama, Abgimuddin Kiram.

Kelmarin, Hussein memberitahu satu daripada 16 mayat yang dibedah siasat setakat ini ialah orang kanan Abgimuddin iaitu Komander Musa atau dikenali juga sebagai Haji Musa.

Bedah siasat dilakukan di Hospital Lahad Datu oleh sepasukan pakar patologi diketuai Datuk Dr Zahari Noor dari Jabatan Forensik Pulau Pinang.


(SUMBER)


No comments:

Post a Comment

Member BSK