Jumlah Pengunjung

Sunday, 3 March 2013

TERKINI...Nik Aziz Di Serang Penyakit Misteri !!!




Dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan UMNO sama seperti komunis disifatkan satu kenyataan tidak munasabah dan terdesak untuk meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, UMNO tidak pernah menolak Islam di negara ini, malah darjatnya ditinggikan dan dijadikan agama Persekutuan bagi negara ini.

Malah menurutnya, parti itu jugalah yang menyuburkan Islam dengan membina masjid di serata tempat selain melaksanakan pelbagai aktiviti keislaman.

"Pada saya dakwaan Nik Abdul Aziz dibuat sebab dia terdesak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti serta satu kenyataan yang langsung tidak munasabah.

"Saya pun hairan kenapa dia selalu kritik UMNO. Mungkin dia tiada cara lain mahu hadapi pilihan raya hingga sanggup buat tuduhan tak munasabah macam ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Futsal Komuniti 1Malaysia anjuran Kolej Komuniti Kepala Batas dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dalam entri blognya semasa Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang menyamakan UMNO dengan komunis kerana hanya tahu bina masjid tetapi tidak tahu menegakkan syiar Islam.

Malah menurut entri itu, Nik Abdul Aziz turut menyatakan kononnya UMNO tidak dapat mempraktikkan Islam secara menyeluruh di negara ini disebabkan terdapat rakyat yang pelbagai bangsa dan agama.

Abdullah menegaskan, sejak zaman penjajahan British lagi, UMNO sudah memperjuangkan Islam dan sehingga bila-bila pun Islam tetap menjadi tunjang perjuangan UMNO selain memartabatkan kepentingan orang Melayu.




No comments:

Post a Comment

Member BSK