Semakin lama, jejak Anwar Ibrahim dalam kemelut serangan lanun-lanun Sulu ke atas Sabah, semakin ketara. Dan ianya semakin tidak mampu dijawab oleh para pecacai Anwar Ibrahim sekalipun mereka cuba juga menimbulkan pelbagai persepsi termasuklah kematian anggota-anggota pasukan keselamatan sebagai satu sandiwara, bahkan cuba mempertikaikan gambar-gambar mayat atau lebih tepat lagi bangkai lanun-lanun Sulu.
Kali pertama, pendalangan Anwar Ibrahim dalam kemelut serangan lanun-lanun berkenaan, telah didedahkan oleh Reuters. Anwar Ibrahim kelam-kabut cuba menafikan sekalipun pada masa yang sama, jawapan yang diberikan amat mencurigakan. Dia cuba menyatakan bahawa REUTERS mendapat maklumat dari UMNO dan Barisan Nasional. Malah pada satu peringkat, cuba menggambarkan kononnya REUTERS telah dibeli dan diupah oleh UMNO-BN untuk mengeluarkan berita berkenaan.
Kemudian muncul pula INQUIRER NEWS dan MANILA POST yang memetik dari sumber-sumber perisikan Filipina yang menyatakan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat merupakan satu daripada dua kumpulan yang menjadi dalang kepada serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu itu.
Dan sekali lagi Anwar Ibrahim mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab atau membuat penafian terutama sekali apabila butiran pertemuannya dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III bersama-sama Tian Chua dan Sivarasa, telah didedahkan selain gambar-gambar pertemuan tersebut, disiarkan oleh semua media.
Apabila dua orang anggota pasukan keselamatan dibunuh oleh lanun-lanun Sulu dalam serangan hendap, barulah Anwar Ibrahim kelihatan kelam-kabut. Pun begitu, Anwar tidak terus menjawab sebaliknya dia menggunakan Tian Chua untuk mengalihkan perhatian. Tian Chua mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kematian dua orang anggota keselamatan tersebut sebagai SANDIWARA UMNO-BN. Sebelum itu, Penasihat Seumur Hidup DAP, merangkap pencetus tragedi 13 Mei 1969, Lim Kit Siang awal-awal lagi telah memperlekehkan pasukan keselamatan terutama sekali PDRM yang disifatkannya sebagai terlalu lemah walaupun telah diberikan peruntukan yang sangat besar.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tian Chua ternyata menarik perhatian sekaligus mengalihkan perhatian. Anwar mendapat sedikit ruang untuk mencari-cari helah dan jawapan kepada tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Kemudian, muncul pula kenyataan daripada Wan Azizah dan Nurul Izzah, isteri dan anaknya bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan Jamalul Kiram III, Nur Misuari dan lanun-lanun Sulu.
Ternyata, usaha-usaha yang dilakukan dengan menggunakan anak isteri serta konco utama, gagal menutup mulut. Sebaliknya, lebih banyak pendedahan terutama sekali yang melibatkan kemelut jawatan Sultan Sulu itu sendiri, semakin terdedah selain motif sebenar lanun-lanun Sulu itu melakukan serangan.
Desakan demi desakan kepada Anwar Ibrahim agar menjawab tentang tuduhan yang dilemparkan kepadanya, akhirnya membolehkan mulut Anwar Ibrahim terbuka. Bagaimanapun, sama seperti reaksinya apabila dia berada dalam tekanan, Anwar Ibrahim sangat mudah melenting. Ketika ditanya wartawan tentang pembabitannya dalam serangan terhadap Sabah menggunakan lanun-lanun Sulu, jawapan Anwar Ibrahim cukup mudah tetapi sangat bangang, 'U ULANG TANYA, I SAMAN YOU.'
Serangan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap kedudukan lanun-lanun Sulu yang masih enggan menyerah kalah dan menyerah diri, akhirnya memaksa Jamalul Kiram III, kepala lanun yang mengaku dirinya Sultan Sulu, membuat kenyataan tengah hari tadi. Jamalul Kiram III yang besar kemungkinan akan diekstradisi ke Malaysia untuk dibicarakan, mengarahkan agar lanun-lanunnya melakukan gencatan senjata sebelah pihak dan berharap Malaysia juga akan melakukan gencatan senjata.
Pada masa yang sama, kepala lanun itu cuba mendapatkan bantuan daripada Amerika Syarikat dan meminta agar tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masuk ke Sabah bagi memastikan lanun-lanunnya terselamat daripada dibunuh atau dicederakan mahupun ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.
Taktik gencatan senjata atau menyerah diri merupakan pencetus kepada serangan oleh pasukan keselamatan Malaysia terhadap lanun-lanun tersebut. Pada Jumaat 1 Mac 2013, terpedaya dengan taktik bendera putih yang dikibarkan oleh lanun-lanun Sulu di Kampung Tandou, dua orang anggota pasukan keselamatan Malaysia telah ditembak sehingga mati. Begitu juga dengan pada Sabtu 2 Mac 2013, terpedaya dengan maklumat kononnya lanun-lanun Sulu mahu berunding di sebuah rumah di Semporna, enam orang anggota polis dibunuh menerusi serangan hendap.
Lanun-lanun Sulu itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengerahkan 10,000 lanun dari kepulauan Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram untuk melakukan serangan terhadap Malaysia. Agak menarik apabila jurucakap Jamalul Kiram III mengeluarkan kenyataan kononnya, mereka ingin melakukan gencatan senjata dan berharap Malaysia juga melakukan perkara yang sama. Kononnya untuk mengelak daripada pertumpahan darah yang lebih besar.
Berdasarkan kepada tipu perdaya mereka sebelum ini, sewajarnya pihak berkuasa Malaysia tidak melayan sebarang tuntutan daripada penceroboh-penceroboh tersebut. Mereka perlu dibantai habis-habisan. Pada masa yang sama, sempadan negara juga perlu diperkemaskan kawalannya. Sekarang ini pun, lanun-lanun Sulu mula menanggalkan pakaian di tubuh mereka dan menyembunyikan senjata untuk menyamar sebagai penduduk tempatan.
Kementerian Dalam Negeri menerusi agensi-agensinya seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen seharusnya sudah memulakan operasi membersihkan saki baki lanun berkenaan. Kebanyakan daripada mereka cukup gah dan cukup megah dengan kad pengenalan Kesultanan Sulu. Sebahagian besar pula yang berada di tanah besar Sabah, langsung tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Kalau selama ini penguatkuasaan terlalu kurang dan longgar, sekaranglah masanya untuk membuktikan keberkesanan pelbagai agensi di dalam Kementerian Dalam Negeri untuk mengawalselia keselamatan rakyat dan negara ini.
Sesuatu yang sangat pasti ialah, permintaan gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu taktik untuk melengah-lengahkan tindakan terhadap lanun-lanunnya yang masih bertaburan di Sabah!
Dan taktik sebegitu sebenarnya sudah boleh diagak siapa yang menjadi dalangnya… Jamalul Kiram III tidak mempunyai cukup otak untuk membuat tipu perdaya sebegitu rupa. Dalangnya sudah pasti seseorang yang pernah melakukan tipu perdaya itu dengan berkesan seperti ANWAR IBRAHIM!
No comments:
Post a Comment