Jumlah Pengunjung

Sunday, 17 March 2013

WAN AZIZAH TERJUN BANGUNAN !!!




Dalam pada itu, laman portal rasmi PAS iaitu Harakah Daily yang melaporkan tentang pendedahan video seks tersebut awal hari ini telah membuang berita tersebut dikhuatiri atas desakan oleh pihak atasan seperti yang dituduh oleh pihak blogger Umno.
KUALA LUMPUR, 16 Mac  — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas ketika ini.

Dalam artikel yang bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" tersebut, beberapa blogger pro-Umno mendakwa gambar tersebut adalah Anwar dan menuduh pemimpin utama PKR tersebut berdampingan dengan lelaki gay. <end>
"Saya menafikan sama sekali tuduhan itu," kata Anwar menafikan selepas ditemui wartawan hari ini dalam satu program anjuran Anwar Ibrahim Club di Hotel One Utama. <end>
Anwar juga menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang keatas pihak terbabit menyebarkannya.
"Ia adalah gimik politik jijik oleh Umno... Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.
"Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan," tambah Anwar yang mengecam keras tindakan tidak bertanggungjawab oleh blogger Umno tersebut.

Anwar disamping itu juga tidak menolak kemungkinan selepas ini pemimpin Umno dan medianya akan mengeluarkan video beliau mengadakan hubungan sejenis ekoran pendedahan gambar pada Khamis lalu.
"Selepas ini confirm keluar video pula," sindir Anwar.

Beberapa kepingan gambar tersebut masih lagi berada dalam laman www.rajagoyang360.blogspot.com dan masih boleh lagi boleh dibaca ketika ini.
Gambar-gambar yang dipamerkan tersebut diambil daripada dua sudut berbeza kamera dan menunjukkan dua lelaki dalam keadaan intim termasuk gambar bogel seorang individu yang diambil daripada bahagian belakangnya.
Gambar pertama menunjukkan seorang lelaki dengan berpakaian kemas, berkemeja, berseluar hitam dan memakai kasut memasuki bilik.
Tajuk berjudul "Ketibaan Sang Hero..... RAJA GOYANG", memaparkan seorang lelaki sedang duduk dengan pakaian t-shirt cerah, berseluar pendek dan berselipar sedang menunggu di katil.
Dalam gambar seterusnya bertajuk "Hi!!! Sayang kat ABANG" pula memaparkan pasangan lelaki tersebut berkucupan; gambar bertajuk "Pelukan MESRA dua KEKASIH INTIM; errmmmmm..... RAJA GOYANG sedang GONCANG; KUCUPAN INTIM asmaradana dua KEKASIH" pula memaparkan pasangan lelaki tersebut berpelukan mesra dan gambar terakhir menunjukkan lelaki yang sudah berpakaian penuh sedang berjalan menuju ke katil.




No comments:

Post a Comment

Member BSK