Jumlah Pengunjung

Thursday, 14 March 2013

PAS KELANTAN Buat Ceramah Politik Semasa Hari Kebumikan JENAZAH PEJUANG NEGARA !!!

kelantan3


Kehadiran Nik Aziz di Kampung Bayu Lalang, sememangnya amat menarik. Tetapi yang paling menarik ialah contengan bendera PAS serta barisan bendera-bendera PAS yang dipacakkan di sekitar jalan masuk ke rumah keluarga perwira negara itu.
Barangkali menyedari kehadiran ramai orang, PAS Pasir Mas cuba menunjukkan kononnya mereka sangat hebat, sangat berkuasa dan sangat berpengaruh. Walaupun PAS Kelantan secara umumnya, setelah menjadi Kerajaan Negeri lebih 23 tahun yang lampau, gagal menaikkan taraf rakyat Kelantan dan penduduk Pasir Mas dalam segala segi, termasuklah dari segi moral mahupun pendidikan dan ilmu pengetahuan, PAS tanpa segan dan malu, cuba mencuri kredit daripada kematian perwira negara itu.


kelantan2


Sememangnya apa yang ditunjukkan oleh PAS Pasir Mas sudah cukup untuk menggambarkan peribadi dan perilaku para pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu. Di dalam benak mereka, tiada apa-apa yang dapat mereka fikirkan, kecuali dan mencuri pengaruh demi survival parti tersebut dalam PRU13 yang sudah tidak beberapa hari sahaja lagi.
Barangkali kerana itulah juga PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP, mempolitikkan kematian wira-wira negara dengan menyungkurkannya sebagai SANDIWARA UMNO. Hanya kerana reaksi dan kemarahan luar biasa daripada rakyat Malaysia pelbagai keturunan, membuatkan PAS hanya mampu bercakap sesama sendiri dalam perbincangan tertutup.

kelantan1

kelantan5



Sesuatu yang sangat menghairankan orang ramai yang datang ke rumah Allahyarham Koperal Ahmad Humairi bin Ismail itu adalah sikap pasif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini cukup terkenal sebagai seorang ahli politik bertopengkan agama yang cukup gila mengeluarkan pelbagai fatwa-fatwa gila meskipun Nik Abdul Aziz sendiri tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk mengeluarkan sebarang fatwa, langsung tidak berkutik dan bersuara dalam memperkatakan perihal kematian kedua-dua wira negara yang berasal dari Kelantan itu.
Kalau Ibrahim Libya dan Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia akibat tentangan terhadap Kerajaan Malaysia menerusi pemberontakan di Memali dan tunjuk perasaan BERSIH 2.0, diisytiharkan syahid oleh PAS...


kelantan4


1 comment:

  1. Pas memang suka menangguk di air yang keruh..

    Mohon linkan blog saya: http://blogtamingsari.blogspot.com/

    ReplyDelete

Member BSK