Jumlah Pengunjung

Friday 23 August 2013

3 GENG KONGSI GELAP 04 BATU GAJAH DI TANGKAP !!!

Gambar hiasan

Polis Perak menahan tiga individu dipercayai anggota kongsi gelap yang mempunyai kaitan dengan lima lelaki ditembak mati oleh pihak berkuasa di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, penahanan itu merupakan sebahagian daripada Ops Cantas yang dilaksanakan di negeri ini.

"Mereka dari kumpulan yang sama contohnya macam Geng 04 atau Geng 08. Di Perak ada (kumpulan itu) dan di sana pun ada, cuma kita tak boleh hendak pastikan sama ada mereka terlibat secara langsung atau tidak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan perpisahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah di sini hari ini sempena pertukarannya ke Selangor mulai bulan depan.

Dalam kejadian di Sungai Nibong Isnin lepas, polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. - BERNAMA







No comments:

Post a Comment

Member BSK